Saturday, 24 December 2011
rindu itu kesakitan yg terindah
rindu itu datang lagi
melilit batang tubuh ... mencengkam kayu jiwa
seperti api-api yg menjadi parasit
menyerap nutrisi jiwa yang hanya tinggal berbaki
hanya itu yang tinggal
dan itu jua lah yang kau ambil dariku
pantas masa berlari
sehingga tak terkejar walau langkahku cuba sederas kilat
23 tahun hampir..hanya berada disebelah bahu kananku
namun masih rindu itu menjadi parasit memamah keindahan yang terlihatkan
ya..rindu itu kesakitan yang terindah
rindu itu kepedihan yang tercantik
rindu itu derita yang terbaik
kerana rindu ... aku menjadi lebih kuat dan tabah
kerana rindu itulah 23 tahun sudah hampir aku hidup
aku tgu kau rindu
walaupun tak dpt aku bygkan bagaimana senyum mu
tp itulah udara yang kuguna untuk bernafas selesa
dan
bila kau datang ..rindu
bawalah aku bersama
aku ttp tgu kau rindu
walaupun kau 1 kesakitan , 1 kepedihan serta 1 penderitaan
tapi kau yang paling indah
NUKILAN: Kak Yong Siput
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment