Saturday 30 March 2013

CERPEN : Cermin



Aku hanyalah seorang gadis biasa. Kehidupanku juga biasa, seperti gadis-gadis yang lain. Namun begitu, tiada yang tahu kelebihan yang aku ada. Aku boleh melihat bayangan sebuah kematian. Pelikkan? Mesti orang diluar sana beranggapan kebolehan itu satu perkara yang hebat. Namun tidak bagi aku. Kalau bayangan yang menjelma itu cantik macam model baju, tidak apalah. Kalau sekacak Johnny Depp, aku suka. Tetapi, bayangan yang keluar itu berkeadaan yang mengerikan, penuh darah, mata tersembul. Jelmaan itu kebanyakannya muncul apabila aku terlihat cermin. Mana-mana cermin. Dan sejurus selepas itu aku akan mendengar berita kematian mereka. Menakutkan.

Sebenarnya bayangan yang aku dapat ini bukanlah sejak dari kecil.semuanya bermula apabila aku tersesat ketika berkhemah sewaktu di tingkatan 4. Pada suatu malam, ketika aktiviti night walk dijalankan, kami telah diasingkan. Kami dikehendaki untuk berada seorang diri di satu kawasan yang sunyi. Suasana malam di kawasan kelapa sawit itu sangat sunyi. Sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi burung yang bersahut-sahutan. Sekali-sekala diselang selikan dengan bunyi rumput dan lalang bergeser sesame sendiri. Aku yang berada agak jauh dari ahli kumpulan yang lain berasa sangat takut. Aku diam sendiri.

Dalam 10 minit aku berada disitu, aku merasakan seperti ada sesuatu mengusap-usap mataku yang kebetulan sengaja aku pejamkan supaya tidak nampak apa-apa yang tidak diingini. Tangan yang menyentuh kelopak mataku mengusap lembut sambil aku mendengar kalimat-kalimat seakan-akan berbisik sesuatu yang tidak kufahami. Aku ingin lari. Aku susun strategi sendiri. Tanpa membuka mataku, aku terus berlari laju walaupun aku sendiri tidak pasti jalan mana yang ingin ku tuju. Sesampainya aku ditapak kem, mereka yang lain terkejut melihat aku berlari sambil terjerit-jerit. Aku histeria. Beberapa minit selepas itu , aku mulai pulih dengan bantuan seorang senior yang pandai tentang perubatan alternatif ini.

Ku rasa sejak daripada peristiwa itulah pelbagai jenis bayangan muncul tanpa diundang. Aku masih ingat , kali pertama bayangan itu muncul ketika aku sedang sibuk membeli- belah beberapa bulan selepas kejadian di kem tersebut. Aku ke salon rambut bersama Kak Zaza. Ketika berada di salon, aku terpandang pada cermin. Tahu apa yang aku nampak? Aku nampak wanita yang sedang mendandan rambutku, berada dalam keadaan yang mengerikan. Bahagian tangan kanannya hancur, hingga mengeluarkan darah segar. Kepalanya terbelah menampakkan otak yang berkuit-kuit. Aku hampir menjerit. Namun , aku beranikan diri memandang wajah wanita yang mendandan rambutku. Diluar cermin, dia kelihatan seperti biasa,namun apabila aku memandang imejnya melalui cermin, bayangan buruk itu masih tetap berada disitu merenungku. Belum sempat selesai mendandan, aku terus lari keluar daripada salon tersebut.

Beberapa hari selepas itu, wanita tersebut dijumpai mati dilanggar lori besi betul-betul berhampiran salonnya. Secara tidak sengaja, aku berada ditempat kejadian. Ku lihat, mayat wanita tersebut memang mengerikan. Sama seperti imej yang aku lihat dalam cermin tempoh hari. Selepas kejadian itu, hampir seminggu aku demam kerana terkejut. Sejak dari kejadian itu, aku sering terlihat gambaran yang menakutkan apabila aku terpandang sesuatu yang boleh memantulkan imej. Sejak dari itu juga aku selalu mengelakkan diri daripada melihat cermin dikhalayak ramai. Jika aku ingin lihat pun aku akan pastikan tiada siapa yang ada bersamaku pada ketika itu. Pada mulnya aku tidak memberitahu sesiapapun tentang kejadian tersebut kerana aku takut mereka menuduh aku mengada-adakan cerita. Kisah itu kemas dalam bungkusan mindaku ini. Namun lama-kelamaan ianya menjadikan hidupku berserabut. Aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada matapelajaran kerana asyik teringatkan bayangan yang menakutkan.

Keluargaku tekad membawaku ke perubatan alternatif. Aku dibawa berjumpa dengan seorang ustaz yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang-bidag mistik sepertimana yang aku alami. Alhamdulillah, perubatan yang memakan masa selama sebulan itu, membuahkan hasil yang memberansangkan. Aku tidak lagi melihat perkara –perkara yang tidak diingini. Hidupku normal seperti biasa.

Sehinggalah usiaku menganjak ke 22 tahun perkara itu berulang kembali. Satu peristiwa yang aku tak dapat lupakan adalah apabila aku ternampak bayangan imej tukang cuci dicermin tandas yang tergantung disiling dalam keadaan yang menyayat hati. Matanya terbeliak menandakan kesakitan yang teramat sangat manakala janinnya terkeluar daripada perut. Sedangkan pada imej luar cermin aku lihat tukang cuci yang sedang mengandung itu, sedang membersihkan tandas walaupun mukanya tampak murung.

Seperti yang sudah aku jangkakan, seminggu selepas itu, satu universiti gempar dengan penemuan seorang mayat wanita yang tergantung di siling tandas. Keadaannya mengerikan. Matanya tersembul keluar serta janinnya juga terkeluar daripada rahim. Menurut sumber yang aku dengar , tukang cuci tersebut telah mengantung dirinya sendiri kerana tdak tahan dengan tekanan hidupnya yang sukar. Aku bingung. Aku jadi menggelabah kerana takut penyakit lamaku datang kembali. Seharian aku hanya berada didalam bilik memikirkan kejadian tukang cuci tersebut.

Azam, tunangku menefon untuk keluar makan dikafe. Ku tolak mentah-mentah. Aku tidak berselera. Beberapa kali dia mengajakku namun peristiwa tempoh hari masih segar dalam ingatan. Hilang mood ku untuk menjamah apa-apa pun. Aku tekad untuk memberitahu ibu dan ayahku apabila pulang cuti semester nanti.

Tut..tut..

Azam menelefon. Malasnya, bisik hati kecilku.
“ Assalamualaikum Sha, jom keluar makan?” Jemput Azam sopan.
“ Waalaikumsalam, kan Sha dah cakap Sha tak ada selera. Azam makanlah.” Ujarku geram.
“ Tak sayang Azam ke? Tak apalah orang tak sudi.” Merajuk pula mamat ni. Ah biarlah. Aku lagi runsing memikirkan masalah aku ni.

Keesokan harinya , ketika keluar daripada dewan kuliah, ku dengar Azam memanggil-manggil namaku. Langkahku terhenti. Kulihat Azam berlari-lari anak sambil membawa sekotak coklat. Barangkali untukku. Namun ada sesuatu yang mengejutkan aku. Kulihat imej Azam pada cermin dinding dewan kuliah mengerikan. Tangan kirinya terputus. Mukanya juga hampir tidak kukenali. Hancur. Terus aku menangis disitu juga. Tak mungkin!

Azam yang tadinya sudah berada dihadapanku pelik melihat tingkah laku ku. Aku tidak tahu bagaimana caranya untuk aku memberitahu Azam tentang apa yang aku lihat kerana selama ini cerita tentang kebolehanku melihat bayangan maut itu tidak pernah aku ceritakan kepadanya. Aku jadi marah sendiri. Semua mata yang keluar daripada dewan kuliah itu memandangku kerana tangisanku yang kuat. Azam juga jadi takut. Lalu dia membawaku ke tempat yang lebih tenang.

“ Jangan tinggalkan Sha,Azam. Please…”

“ Kenapa ni Sha? Azam kat sini ha..okay stop it. Sudah-sudah.”

 Azam tak faham. Aku tak mahu kehilangannya. Aku cintakan dia. Tambahan pula tidak lama lagi kami akan berkahwin. Bayangan itu membuatkan segala impianku hancur berderai.

Sejak daripada peristiwa aku melihat bayangan maut tunangku sendiri, aku jadi seperti orang gila. Setiap masa kalau boleh, aku ingin berada disamping Azam. Dalam sehari aku menelefonnya beberapa kali untuk memastikan keadaannya. Aku minta Azam memberitahu aku kemana sahaja yang dia pergi. Azam sendiri pelik dengan aku. Sebelum ini, aku yang susah menelefonnya. Kalau adapun hal-hal yang berkaitan dengan majlis kami. Aku dan dia sibuk di universiti. Jadi kami bukanlah pasangan yang sentiasa berkepit 24 jam. Bila Azam bertanya, aku diam seribu bahasa.

Sebulan berlalu, kulihat, Azam masih disisiku. Selalunya, orang yang kulihat pada imej itu akan mati, paling lama dalam seminggu setelah kulihat imej mereka. Aku menganalisis sendiri. Namun begitu aku tetap memerhatikan Azam, walaupun hatiku sedikit lega. Aku berharap sekurang-kurangnya izinkanlah aku berada lebih lama dengannya.

Panas kusangka hingga kepetang , kiranya hujan ditengah hari. Perkhabaran yang membuatkan aku hilang separuh daripada diriku itu akhirnya sampai kependengaranku. Sungguh aku tidak menyangka bahawa orang yang kucintai pergi jua. Tambah aku sesalkan kerana aku sudah mendapatkan petunjuk itu namun aku lalai. Berita kematian Azam yang telah disampaikan oleh Sarah memang memeranjatkan. Denyut nadi ibarat terhenti. Air mata menitis tanpa satu suara pun aku keluarkan.

Kata Lukman, kawan baik Azam, dia ingin ke kedai untuk membeli sesuatu buatku. Lukman kata , dia risau melihat keadaanku yang pelik dari biasa. Azam membeli sebuah hadiah kepadaku supaya aku gembira semula. Namun Tuhan lebih sayangkan dia. Menurut Lukman, ketika sampai disatu selekoh, sebuah treler telah melanggar Azam menyebabkan tangan kirinya putus dan sebahagian daripada mukanya hancur. Betul-betul seperti yang aku nampak didalam cermin itu.

Selepas kematian Azam, aku tertekan. Semua cermin yang ada di dalam bilik, aku buang keluar. Cermin itu celaka. Kalau tidak kerana cermin itu, aku tak kehilangan tunangku.fikiranku diluar kotak kewarasan. Aku lupa yang ajal dan maut itu kerja Tuhan. Sedangkan cermin itu adalah satu medium untuk aku memperingatkan diri ini betapa mati itu pasti dan semakin hampir.
Seminggu lamanya, aku seperti orang yang tidak mampu uruskan diri. Abaikan makan dan minum. Mandi tak tentu. Tidur tak lena. Kini, aku mengambil keputusan untuk menangguh pelajaranku di universiti.
Mama dan papa membawaku jauh dari KL. Mereka ingin mencari ketenangan buatku. Bila sampai di rumah Nek Jah, aku terus dibawa masuk kebilik. Aku hanya mengikut rentak mereka. Tanpa rasa apa-apa. Baju kurung putih yang kupakai pun mama yang sarungkan. Rambut,kubiarkan lepas ke paras bahu. Dibilik yang Nek Jah telah sediakan aku duduk dibirai katil sementara mama dan papa berada diluar berborak panjang dengan Nek Jah.

Aku terpandang sesuatu yang sudah lama aku tak pandang. Sesuatu yang selalu aku elak daripada memandangnya. Cermin! Aku terkejut melihat imej dicermin itu. Seorang wanita sebaya denganku. Kulihatnya dari bawah memakai baju kurung putih. Rambutnya paras bahu. Mataku tertancap ke bibirnya yang kebiruan. Kulitnya juga kulihat putih. Pucat. Ku renung mukanya….

Ya Allah! Wajahku. Aku terkejut. Sungguh terkejut. Kusentuh cermin itu. Memang aku. Cuma imejku pucat sedikit. Adakah aku akan… Aku rasa duniaku berputar. Pandangan mataku gelap. Aku ingin memanggil mama dan papa. Aku tak mampu. Terus sejurus selepas itu, aku rebah.

CERPEN : Kerana aku sem 8


“ Kau punya gaya, walaupun tak kaya,
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja.”

“Adoii, Najwa kenapalah kau nyanyi time-time aku mimpi best ni!” Rungutku. Aku rasa macam baru 3 saat aku lelapkan mata. Aku toleh ke arah jam. Pukul 9.55 pagi ! Aku bingkas bangun. Mencerna maklumat yang tergendala ketika tidur tadi. Ya,Allah! Kelas aku pukul 10! Aku menjerit didalam hati. Sudahlah, dah la kelas Dr Kamal, masak aku kena dalam lecture nanti. Mindanya mula teringat-ingat bagaimana Shah, rakan sekuliahnya, diperli teruk oleh Dr Kamal. Niat di hati nak ponteng, tapi, hari ni test. Aku tanpa berlengah terus masuk ke bilik air. Aku tak mandi. Sekadar gosok gigi sahaja.

Apabila masuk ke dalam bilik, baru aku teringat yang aku tak iron baju kurung lagi. Dr Kamal dah la tak suka pelajarnya memakai baju selain baju kurung. Dia terus menghamburkan seisi almari mencari baju kurung yang paling kurang kedut yakni yang tak perlu di seterika lagi. Hanya sehelai baju kurung yang tinggal. Baru aku teringat yang aku telah menyimpan seminggu stok baju yang belum dibasuh. Aku menepuk dahi. Dah lah baju tu kedut gila. Aku tak kisah yang penting aku sampai ke kelas sebelum Dr Kamal. Didalam hati, aku meminta supaya pagi ini Dr Kamal sakit perut, supaya dia lewat masuk ke kelas hari ni.

Dengan wajah yang sembab, aku terus memecutkan MyVi pemberian abah untukku. Aku berusaha membawa selaju yang mungkin. Sampai separuh jalan, aku terlupa yang aku tak membawa beg. Aku tepuk dahi lagi. Time-time macam nilah yang aku lupa semua benda ni. Aku terpaksa berpatah balik. Bila sampai dirumah, kunci rumah pula entah kemana perginya. Aku yakin aku bawa kerana aku kunci pintu tadi. Jam dah menunjukkan pukul 10.10 minit. Barulah kunci tu aku nampak di celahan kerusi penumpang. Hati aku rasa membara ja. Tapi aku tak ada masa untuk marah. Aku terus mengambil barang yang tertinggal tadi dan keluar memandu ke kelas semula. Nasib baik aku ada kereta.

Dia memecut laju keretanya. Sampai di pondok Pak Guard, aku ditahan. Allah, apa pulak ni! Aku membentak dalam hati.

“ Adik ni, nak pergi kelas ke pergi lumba, meh sini kad matrik?” tanya pengawal tersebut.

 Eh, aku tengah-tengah lewat ni buatlawak pulak. Tangannya sibuk menulis-nulis di atas surat saman tersebut. Aku menerima saman itu tanpa cakap banyak. 10.15pagi. Oh memang laju aku bawak!

Setelah dapatkan parking, aku terus ke pintu lif. Kelas aku tingkat 5! Bisikku yang cuba mencanai kembali kedudukan kelas ku.

LIF ROSAK SILA GUNAKAN TANGGA.

Aku terasa seperti ingin histeria saja kat depan lif ni. Nasib baiklah aku masih waras. Aku gagahkan juga femur-femurku melangkah ketangga yang melangit tinggi. Aku naikkan tahap kelajuan larian aku. Sampai di tingkat 4, kaki kau tersadung kain baju kurung kedut itu. Bergolek-golek aku jatuh. Budak-budak yang lalu lalang kat situ terperanjat melihat nangka nan sebiji ini bergolek. Mereka ingin memapah aku. Namun aku menolak, aku betul-betul terlewat. Lewat tahap dewa ni. 

Aku pun berusaha naik juga pada sisa-sisa tangga yang terakhir sebelum sampai ke tingkat 5. Airmataku berlinang. Bukan kerana sakit, tetapi sedih mengenangkan nasib aku pagi rabu ini. Bila aku melangkah depan bilik kuliah, aku melangkah dengan perasaan yang redha. Sesampainya aku dihadapan pintu kuliah, semua mata memandang ke arahku dengan wajah yang bengis. Aku jadi takut. Mereka seolah-olah ingin menerpa aku. Aku pelik dengan perangai budak-budak kuliah aku. Kenapa mereka marah benar aku terlewat ni? Kalau dr Kamal sahaja yang angin, aku faham. Ni satu kuliah angina dengan aku ni dah kenapa?

Aku berlari keluar meninggalkan mereka yang sedang mengejarku. Elok-elok sahaja aku ingin sampai ke tangga, tiba-tiba budak-budak yang tak ada kena-mengena dengan kuliah aku turut mengejarku. Aku rasa terperangkap. Aku menjerit, tak tahu nak buat apa.


Pipiku rasa ditampar-tampar. Pedih. “Oi, cik adik, tu lah tidur lagi lepas asar. Kena sampuk tak pasal-pasal. Isy, dengan kertas tesis kau, tutorial, lab report berselerak atas katil ni. Orang lain pun sem 8 jugak weh, tapi tak adalah macam orang hilang akal je ” Roomate aku membebel bagai mak nenek.

Astaghfirullah… aku mimpi!

# semua sem boleh baca cerpen ni... spy jd teladan ~ JgN TiDo LePaS AsAr~

Saturday 23 March 2013

#review buku: FIXI-SUMBAT

salam....



semalam, ada sorg shbt post kat wall fb aku nak bagi 1 buku novel fixi bertajuk SUMBAT... aku pn tanpa berfikir pjg.. menerima buku tu.. dh la dia nak bg free, sapa tak nak weh.. dh la free ...buku fixi lak tu... so ptg tu jgk aku pn set time utk jmpa member aku tu..

so, aku usaha membaca spjg mlm *pdhal jurnal lu x baca segigih itu pun ,sis* 

so aku nk share la ngn angpa semua ttg buku SUMBAT nukilan FAIZAL SULAIMAN ni...

jap2 b4 that , aku nk share sinopsis blkg buku dia, 

Ramuan Sumbat
250 ml dendam jenama silam
150 ml rahsia hitam
50 g cinta paket terhalang
3 sudu besar airmata
1/2 cawan pengorbanan
5 ulas kesetiaan (dihiris nipis)
8 kuntum senyuman (sbg hiasan)

tu dia..dia bg resepi... ada lg cara nak buat pulak tp tu korg beli la sendiri kalau nk resepi sumbat ni kan..
(cover buku pun comel2 n menyelerakan giteww)

so, SUMBAT menceritakan ttg kisah hidup dendam cinta *spt dlm resepi td* sorg yg bernama Eva. Dia ada buka 1 restoren yg diberi nm dlm bhs perancis iaitu Le Farcir . Farcir tu mkna dia bmakna perbuatan spt menyumbat didalam mknn cth kalau kt msia ni tauhu sumbat, ikan sumbat...

so Eva ni hidup dlm persekitaran residen Kebun Bunga yg baru didiami.. so bila buka restoren kat sini... laku gila2 la restoren dia... semua org memuji-muji keenakan mskn perancis yg dia buat.. namun... tak siapa tahu apa ramuan resepi setiap mknn di restren itu. Ramai yang menjadi mangsa untuk menaiikkan restoren Eva, dan most of them adalah org yg pernah wujud dlm masa silamnya yang hitam....

tapi dlm cerita ini, Eva pun turut terbunuh walaupun dia pembunuh.... ada seorang lagi yg memerlukan bekalan utk resepi itu... siapa.... *spt biasa..bc la sendiri*

overall.. spt biasa penulis FIXI mmg unpredictable cerita dia... mebeles n damn good.. aku suka.. suka..suka...

aku sarankan kpd FIXIan yg belum ada buku ni..sila lah ke kedai buku , yg student2 tu guna la baucer buku yg kerajaan bg tu...

# hopefully ada org bg lg buku fixi free kat aku... keh3...

Thursday 21 March 2013

#review buku : KONTROL HISTERIA

salam....

so ... hari ni ngn bangga nya aku nk review ttg buku himpunan cerpen bertajuk, jeng..jeng..jeng.. KONTROL HISTERIA... tajuk pn bikin goyangkan duit2 syiling n kertas yg ada di dompetmu kan... ha.. nasib baik ada baucer buku... so... dgn berbekalkan rm100 , so aku belilah buku2 himpunan cerpen.termasuklah KONTROL HISTERIA yg aku boleh bg A r kat semua cerpen dia..

nak bg lebih goyang lg ..aku show cover depan kulit buku nie...


ok2..jgn histeria dulu.. 

so dh nm pn cerpen kn... so dlm ni ada lebih kurang 45 cerpen .. buku ni terbitan lejen press... n... bergenre ermm... thriller...suspens...yg plg pntg psiko... *tu genre yg plg aku gemar*






dlm2 byk cerita yg best dlm ni..aku PALING SUKA... cerpen bertajuk Hik...Hik...Hik... yg dihisteriakan oleh ChaCha...

ha.. tajuk cm harmoni je.. gelak2 bunyi hik3... tp mmg cerita dia psiko gila ... watak psiko tersebut adalah Megat..

meh aku story cket kat angpa...

ok.. megat, berahim n rahayu 3 sahabat baik... tp mslhnya megat ni suka kat...tw kat sapa.... bkn rahayu... tp megat ni suka berahim... *homseks r ringkasnya..* so berahim ni pulak konfem la x suka kat megat..dia jatuh hati pd rahayu... 

1 hari megat culik berahim n rahayu then bawak balik ke rumahnya... mereka berdua diseksa hidup2... ( cara seksaan dia sgt tragik.. nak baca detail.. beli la bku ni k..) megat potong telinga berahim n di jadikan loket kalung yg diletakkan pd leher berahim.. 

rahayu pula, dibgelkan dan dipakukan kat dinding dan dibakar perlahan-lahan guna penunu bunsen ... then daging yg dh masak di potong n paksa berahim makan sekali...*time dia potong daging2 rahayu tu.. pmpn tu still hidup lg tw..just nyawa2 ikan je*

last sekali... lepas tu... baca la sendiri apa yg jd lepas tu... ha..ha...ha.. benda best xleh citer byk2...

apa2 pn pd siapa yg gemarkan buku2 bergnre cm aku ni. jgn segan silu beli k... hari tu sbb aku beli kat book fair UPSI so dlm 3 biji buku kalau x silap aku... RM50 *guna baucer r..* so aku beli 6 buku lejen press.. n ada lg belum habis bc.. sesaje nk wat bekalan... 

so guys.. beli tw... siyesly tak nyesal...

SERIBU PENYESALAN...huk3


sebenarnya kan... 

aku menyesal..menyesal sgt sbb aku x p karoot komedia hari tu... aku dh ada chance... tp.... kerja aku berlambaks... then.. spt yg aku pnh kata...aku xkn korbankan cita2 juz krn bnda2 2...tp... aku sbnrnya..NAKKKK sgt... bila tgk sorotan karoot komedia... feehhhhh... makin membuak2 penyesalan tersebut....

tp aku harap pengorbanan aku, ALLAH bg sumtin yg lebih sweet dr itu.. mgkin Jep yg mai cari aku ka... *ok angan2 ni over bhai* 

http://www.youtube.com/watch?v=NaruM6AS3ZI

Thursday 14 March 2013

" I hate Malay Language, that's why I choose dip TESL"

Salam...

kontrobersi x tjuk diatas... ni bkn aku yg kata.. aku melayu sejati doh...

nak djdkan cerita....

stiap mlm senin n kamis, aku jd private tutor (kelas gila cara boh nm pkrjaan) a.k.a cg tuisyen psendirian... so mlm kamis, aku pn ajar r anak didik aku ALIF... ajar math weh.. subjek plg aku trauma... (4 your info, hari ni dpt gaji weh.. gilak best..patut tgn dok gatal2)

ok..bkn tu yg kita nk cerita... 

so aku smpai awal.. then aku pn cr r 1 port baik punya kat library ... kt sblh aku ada sorg pmpn, n x lama lepas tu mmbr2 dia pn dtg r.. aku mmg tabik r bdk melayu speak english... bdk pmpn tu, Q (bkn nm sbnr), ckp mmg berabuk r BI dia..walaupun terselit jgk BM dia..tp at least dia ckp BI.. 

aku pn smbil2 ngajar tu , terdengar r dia dok bckp2 kat meja sblh...  tiba2 aku dgr dia kata, " I HATE MALAY LANGUANGE ,THAT'S WHY I CHOOSE DIPLOMA IN TESL" 

sentap kak long weh!!! kerek...

aku pndg kat dia ... tp dia x perasan kot aku pndg dia.. apa ke pelik... aku cm nk kata je kat dia.. hello, kwn2 aku degree TESL x de la ckp berlagak cmtu...

lgpn dia bknnya ckp 100% BI, BM pn berlambak... 

adik, lain kali ckp tu baik2 tw... 

P/S: aku frust x leh jumpa JEP hujung minggu ni.. knp perlu ada esaimen...

Friday 8 March 2013

anak sulung

salam...

bnda ni lama aku nk luah...dr kecik smpai sebesar alam dunia ni.. baru hari ni yg aku rs aku kna ckp...

cerita berkenaan dgn luahan hati anak cg dan anak sulung...

aku ada ramai adik , bwh aku ada 6 org..so of kos jarak antara kami dekat2 ... selang setahun dua je.. means waktu aku kecik2 dulu..aku ni xdan nak manja2 gitu ngan parent.. yg plg sinonim dgn anak sulung spt aku ni is the word BERALAH... 

honestly , aku dr kecik smpai la skrg aku byk wat urusan aku sendiri.. aku ingt lg, time aku skolah2 dulu, mak ayah aku x amik pusing pun bila aku ada ujian, ke exam ke *aku anggap mrk pcy pd aku* unless kalau UPSR, PMR n SPM tu diorg care la jgk... tw2 aku dh bwk result mintak sign.. aku tuisyen pn aku cari sendiri... diorg mmg lepas aku dr kecik, nasib baik aku ni jenis yg dgr ckp mak ayah.. kalau x , aku dh rosak lama dh.. then aku cuba banggakan parent dgn mendapat anugerah cmrlg setiap tahun time skola dulu, wlaupun aku x tw la diorg amik kisah ke x..

bila aku kecik dulu, depa akan kata, adik2 kecik lg... *beralah* ..then bila adik2 aku besar gajah pn , still aku kna utamakan adik2,,, xfaham aku.. aku ni bila pulak org nak care...

then, bila habis SPM, tiba2 jiwa remaja aku ni bergelojak , malas bljr... aku bljr sbb mak ayah aku jgk... aku amik UPSI merangkap cg wanna be... kalau ikutkan aku xde la minat sgt..tp sbb aku pikir pilihan parent tu selalu tepat so aku pn tibai je amik... alhamdulillah .. dean list hampir setiap sem.. aku x kisah.. aku lebih minat benda2 yg enjyable..bkn sains mcm aku amik skrg ni...tp sbb mak ayah aku gagahkan diri...

then... aku rasa dr dulu mcm mak ayah aku lebihkan student depa je kot *mak ayah aku pn cg jgk* students are everything to them , menyebabkan aku sbg anak *aku x tw r adik2 aku yg lain rs ke x* rs sikit terabai... aku x suka... siyesly.. dh la kecik2 kna bersaing ngn adik2 , bila besar, double.. bersaing dgn adik n students mak ayah aku pulak...

mak ayah aku mmg bg duit semua cukup, aku akui... walaupn kdg2 aku terpaksa jgk ikat perut..

bila besar ni , baru aku rs aku kurg dpt PERHATIAN, n aku rs mak ayah aku biarkan aku berlayar kat dunia ni sorg2..  

semenjak dua menjak ni.. otak aku asek pikir x baik je.. aku pn x suka keadaan aku ni... sakit pala... sbb tu aku sibukkan diri ngn part time job..ajar tuisyen, tlg org wat esaimen *org kata keje ni xde etika, tp lantak r janji ada duit* then aku menulis... 

bila angpa baca..mesti angpa kata aku tak bersyukur.. aku sedar..jgn ikut cara aku berfikir... 

mmg aku pn rs aku tak bersyukur bila aku fikir cmtu.. tp aku xleh tipu perasaan aku ... 

P/S : jgn tiru aku... aku anak tak bersyukur... :(