Sunday 28 April 2013

2 Simpang~MaaF

salam... 

semakin hari semakin byk jgk bnda yg dh settle... alhamdullillah .. TQ ALLAH 4 always helping me..

sbnrnya... aku serba salah.... iye lah... program yg mula2 aku yg pelopori..yakni nm yg aku rekacipta..& pensyarah pn dh iktiraf nm program tersebut...tp aku xjoin utk tahun ini...

sbb...sbb... uhuk3..mesti org kata alasan aku klishe... BIZI...ya..ya.. mmg klishe... mgkin jgk sbb aku skrg ni wat byk part time dlm 1 masa... so masa aku terhad... *kooootttt laaa...*

aku dpt merasakan kwn2 seangkatan aku mesti say sumtin behind me... *aku dh bersedia + redha sbnrnya* maaf weh... aku takut x komited... lg 1 ketika sesi gerak kerja dijalankan, *ayat skema bhaiii* aku pn tgh serabut memikirkan kemana hilangnya keberanian aku nk drive.. ceramuk wayar2 otak gua beb...

aku , kalau boleh nk tlg stakat yg mampu ..dibelakang tabir... angkut2 barang ke.. boleh la ... 

TBH... aku malu jgk dgn kwn2 yg pnh susah sma2 ngn aku time aku yg jd ketua dulu... mesti depa kata kat aku, dulu aku tlg ang ,la ni ang x tlg pn aku...maaf lg sekali...*brapa byk maaf daa*

x ada apa yg bisa aku ungkapkan melainkan kemaafan yg ikhlas dgn hati yg sbnrnya penuh rs serba salah...

# MaaF....

Wednesday 24 April 2013

SAYANG BERPADA-PADA

salam....


Lama aku rs x conteng2 kat sini… biasalah keje bdk final year.. tulis tesis la keje nye.. *pdhal x pnh abeh2..phew3x*

Apa pn bkn tu yg aku rs nk kongsi.. aku just nk share ttg bnda jiwang2 cket hari ni..

Bila dgr2 org putus chenta ni… kesian aku tgk… chenta bertahun2 ..putus ditgh jln.. .iyelah tu ALLAH punya keja kn… He knows the best …

Aku??? Hahaha.. Alhamdulillah.. masih dipelihara drpd berkapel.. kalau bg org lain itu adalah loser, but to me itu JIHAD..

Bkn la kata xde market lgsg.. bila org ajak kapel.. aku cm xdak rs.. so dgn baik.. aku tolak… sbb kalau jd awek je.. buat apa… kalau jd bini ok lah..boleh berkembang biak gitu kan…..

Bg kwn2 berkapel n sudah bernikah.. TAHNIAH beb! Angpa bjaya melalui fasa2 yg mencabar sbnrnya.. walaupun xdak experience, tp , aku tw mesti dlm tempoh tu.. bergaduh.. unfriend kat FB .. merajuk.. jd permainan time kapel…

Bg kwn2 yg masih berkapel… erm… usahakanlah spy bernikah dgn jayanya… kalau x nmpk laki tu nk amik ang jd bini.. clash adalah jln terbaik..iyelah..smpai bila nk usung anak dara org kehulu –ke hilir kn…

My mom selalu kata, syg org tu agak2 la ( berpada-pada)… sbb yg terlalu syg tulah mudah jd benci) … bila bercinta status FB pn nk kena tag dia..*maklumlah indah belaka*…..  semua nk kna bgtw kat dia ..paling parah..rs nk berak pn g SMS dia dulu b4 masuk jamban… apekah…

Yg paling ak nk remind sgt adalah kaum sejenis ku… HAWA… pliss be careful.. bercinta jgn over2 tw.. wat lek wat peace je… bg aku xperlu nk tunjuk kita ada BF sgt.. walhal org lain dh ada husband lg mabeles pn x kecoh…

Org pmpn kna byk beringat… kalau apa2 jd..yg paling rosak org pmpn tw… kalau ada antara angpa yg bc post aku ni… amik dalam 2 minit utk renung dlm2 apa yg aku tulis ni … sbb bila bercinta ni ramai yg hilang waras n rasional…

Aku pn pmpn , so aku tw la jgk betapa bangga , riak dan takburnya bila ada org syg kita, tp, kelemahan kita ni, mudah tenggelam dgn kata2 manis…. Bila kna puji tu..kna tough kn benteng imanmu ..okeh..

Formula dia sng… kalau dia betul2 syg..dia akan amik kita jd ISTERI yang SAH !!!!

# bercinta indah bila clash gundah..

Tuesday 9 April 2013

#Review Buku: Asrama (Fixi)

salam...


ni pinjam dr FB fixi~

aku tw ramai yg nanti2kan kedatangan buku ASRAMA drpd Fatrim ni...aku pn spt insan2 lain yg suka Fixi pn sama jgk keterujaan nk memiliki sebuah buku ASRAMA ni... kalau korg nk tw, aku dpt buku ASRAMA free okeh drpd fixi...

knp aku dpt free?? sbb tu hadiah yg aku mng, time fixi anjurkan pertandingan tulis cerpen bertemakan asrama... so alhamdulillah , murah rezeki, aku terpilih sbg slh 1 pmng antara 52 manusia yg hntr cerpen itu. sbb tu la aku dpt free buku ni.. :)..

bila smpai je buku ni... aku , dgn lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...stat membaca buku ASRAMA...

so...

pndapt aku spt biasa lah... Fatrim bjaya menipu daya aku ttg watak dahlia, iaitu pemain utama ASRAMA..  Dahlia ni br pndh skolah n duduk kat asrama sekolah itu, disini juga diceritakan ttg kes buli aka ragging, misteri pokok ara kat blkg asrama, pemainan spirit of the coin utk nk balas dendam kat geng queen *geng pembuli* 

yg part menarik sekali bg aku bila terlerainya siapa ira, maria, penjual kuih, pak darus, serta sahabat baik Dahlia yg sebenarnya... mmg misteri...n menarik..

so.. goyang x?? kalau rs menggeletar nk tau...sila lah bc n rasai sendiri mistik dlm ASRAMA okeh.. beli weh..serius x rugi... pd Fatrim , 1st buku u mmg ohsem...!!! I Like !!!

eh..tibe2 rs nk selit cerpen yg aku mng buku hari tu... x lah sehebat fatrim tp baca la tw.. WEEEE...


Penulis: Farhana Siput

“Mak cik , nak karipap satu!.” Jerit budak  yang sedang bertinggung di hadapan pintu.
“Nak berapa?” Mak Cik itu bertanya. Suaranya parau. Di sebalik cahaya suram, wajah Mak cik Karipap itu kelihatan. Seperti nenek kebayan. Kedut seribu.
“ Nak 1, 2, 3,4,5,8 eh..eh…silap, 1,3,4,2 eh..eh..silap..” Budak itu tergagap-gagap mengira. Makin diulang makin salah.
“ Buat apa anak duduk kat luar bilik ni sorang-sorang. Tengah malam pulak tu.” Mak cik Karipap menegur. Matanya merah menyala. Dia menyeringai. Menampakkan giginya tajam tak bersusun.
“Kira selipar. 1,2,3,7,9,4,10,3 eh..eh..silap…3,5,6,1,3 eh..eh..silap..” Budak tanpa pakaian itu mengira lagi.

Nabila tak dapat menahan air kencingnya yang sedari tadi mengalir. Dia takut. Seminggu pertama dia berada di asrama ini, inilah perkara yang paling menakutkan dalam hidupnya. Cerita Hantu Mak cik Karipap dan Budak Hijau mengira kasut selalu didengar daripada senior-senior bukanlah cerita dongeng. Buktinya, dia sendiri melihat di sebalik selimut asrama yang tebal ini.  Airmatanya juga laju mengalir. Namun cuba ditahan esak tangis itu supaya makhluk itu tak sedar akan kehadirannya mendengar perbualan ‘mereka’.

“ Kau tak ada kawan ke?” Mak cik Karipap bertanya kepada Budak Hijau itu. Tak semena-mena, Budak Hijau itu menangis. Makin lama, makin sayup dan seram kedengaran.
“ Mereka semua dah tidur, tak mahu temankan saya.” Suara Budak Hijau sayu.
“ Tak semua tidur tu.” Mak cik Karipap memujuk. “Mari kita kira sama-sama.”
“ Katil nombor  1 dah tidur, katil nombor 2 dah tidur, katil nombor 3 dah tidur…” Nabila makin diburu ketakutan. Pejamlah mata, pejamlah, bisik hatinya. Semakin lama, semakin serentak Mak cik Karipap dan Budak Hijau itu mengira, semakin hampir dengan nombor katil Nabila.
“ Katil nombor  7 dah tidur, eh… katil nombor 8 tak tidur lagi, tak baik tipu tau.” Mata Nabila dan dua makhluk itu bertentangan. Nabila menjerit panjang.


Komen:
Penceritaan yang kreatif. Dialog antara kedua hantu itu juga berkesan. Well done!  (ni komen hakim tw..bkn aku yg komen..kih3x)

Saturday 6 April 2013

CERPEN : Origami



Ramizah menghulurkan origami berbentuk Swan kepada Sakinah. Belum pun sempat Sakinah melebarkan pertanyaan kepada Ramizah, gadis itu sudah berlari keluar menuju ke kantin.

Sakinah menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung putih itu. Siapa pula yang bagi ni, getus hatinya. Masuk origami ini, sudah beberapa kali dia menerima origami pelbagai bentuk dari orang misteri ini. Lelaki atau perempuan, dia kurang pasti. Tetapi penghantarnya Ramizah si gadis bisu anak kepada pekerja kantin sekolah. Kelmarin dulu, Ramizah mengirimkan origami berbentuk rama-rama kepadanya. Bila ditanya siapa yang beri, dia enggan menjawab. Terus sahaja dia melarikan diri.

Pelik..pelik. Sakinah menggelengkan kepala. Ingin bertanya lanjut, takut pula dia dikatakan perasan glamour pula. Lalu, Sakinah memutuskan untuk membiarkan sahaja persoalan itu tersimpan dimindanya. Setelah meletakkan origami Swan di dalam buku , dia terus menuju ke kantin.

Di kantin, dia duduk di satu sudut , bersebelahan sahabat karibnya Ain. Sakinah tidak sedar bahawa di satu sudut lain ada sepasang mata memandang Sakinah tanpa berkelip. Aman , seorang tukang cuci sekolah, yang baru 3 bulan berkhidmat memandang Sakinah dengan penuh minat. Sambil tangannya terus laju melipat sekeping kertas berwarna merah jambu. Lama-kelamaan kertas itu bertukar bentuk menjadi seekor burung merpati yang indah. Di letakkan diatas meja makan Sakinah yang masih berbaki airnya. Ketika origami merpati itu diletakkan di meja, Sakinah ke belakang kantin untuk membasuh tangan. Gadis berlesung pipit itu terkejut sekali apabila dia melihat merpati itu di tersandar di gelasnya. Tanpa berkata apa-apa, Sakinah terus mengambil origami itu dan bergegas masuk ke kelas.

Sakinah menghempaskan badannya di atas katil. Melepaskan lelahnya, sedari tadi menghabiskan karangan Cikgu Latipah. Tangannya mencapai 2 origami yang diterimanya serentak hari ini. Cantik. Lalu dia keluarkan beberapa origami lagi pemberian manusia misteri itu. Lipatannya kemas dan teratur. Sakinah kagum melihat kekemasan serta tahap kreatif penghantar origami ini. Dia mengeluh lagi, otaknya ligat berfikir. Siapa yang selalu beri origami pelbagai bentuk ini kepadanya. Sakinah memikirkan perkara ini sehinggalah dia terlelap dibuai mimpi,

Keesokkannya, seperti yang dijangka, sebelum dia sampai ke mejanya, terdapat 1 origami berbentuk hati, namun, hari ini, origami itu terdapat tulisan diatasnya. Sakinah membuka origami itu dengan cermat. Rupanya-rupanya origami itu adalah sehelai surat tanpa pengirim. Hatinya berdebar-debar membaca surat yang pendek itu. Surat itu seperti satu puisi yang dikarang khas buatnya. Dia membaca surat itu dengan teliti.


Senyummu membuai,
Tawamu membelai,
Setiap hari aku bernafas dengan harapan melihat matamu,
Indah dan membahagiakan,
Jika dulu,
Hari ku seperti neraka dunia,
Kini kau bidadari mengelilingi hidup ku yang seperti di syurga
Ku kirim sayang ini buatmu yang selalu dihati.

Sakinah terus membuang helaian surat itu. Seram. Itu yang dia rasa. Dia mengeluh lagi. Kali ini dia tekad, jika ada yang penghantar origami ini lagi, terutama sekali Ramizah, dia akan terus bertanya.

Tanpa disedari, Aman yang sedang memerhatikan Sakinah di satu sudut, tersentak dengan perbuatan Sakinah membuang puisi yang ditulis untukknya. Hatinya tiba-tiba panas. Rasa kasih seperti bertukar dendam. Dia belum kenal siapa aku, getus hati Aman. Pantang dia apabila origami buatannya, dibuang seperti sampah. Dia merenung Sakinah tajam. Sakinah langsung tidak perasan. Dia terus meluru laju ke bilik tukang kebung yang berada di belakang sekolah.

Imbas kembali….

Diluar sebuah rumah flat , kedengaran suara kasar seorang lelaki, memarahi seorang kanak-kanak. Jeritan amarahnya itu diselang-selikan dengan hayunan rotan yang beberapa kali singgah di tubuh anak kecil itu. Tangisannya langsung tidak dapat melembutkan hati lelaki yang digelar bapa itu. Sang ibu, sudah lama pengsan akibat hentakan daripada sang suami yang tidak berhati perut itu. Setelah puas, lelaki itu terus melangkah keluar daripada rumah itu. Tinggallah budak lelaki tersebut disisi ibunya yang kaku.
Sejak hentakan tersebut, ayahnya hilang tanpa khabar, ibunya pula, akibat daripada tekanan dan hentakkan sudah menjadi tidak siuman. Yang tinggal, hanyalah budak tersebut. Tidak terurus. Dia hanya melipat-lipat kertas untuk dijadikan bentuk-bentuk yang menenangkan jiwa kanak-kanaknya. Dia menjadi anak jalanan. Kadang-kala dia menjual origami buatannya untuk sesuap nasi. Tidak seperti kanak-kanak lain yang seusianya yang sedang bergembira bersama keluarga, sedang dia melangkah di dunia seluas ini seorang diri. Jiwanya gersang kasih –sayang.

Meningkat awal remaja, hobinya membunuh binatang. Bila dia dapat melempiaskan perasaan marahnya, dia jadi puas. Lantas origami binatang yang telah dibunuhnya diletakkan disebelah jasad binatang yang tidak bernyawa. Apabila ada pelanggan yang meragui keaslian origaminya, tanpa berlengah dia akan membelasah orang itu sehingga separuh nyawa. Jiwanya kontang kasih-sayang. Baginya dunia ini bersalut kebencian.

Aman tersentak daripada lamunan. Dedaun pintu bilik tukang kebun menghentak-hentak ke dinding akibat ditiup angin.  Dengan amarah yang teramat sangat, dedaun pintu di terajang sehingga terkopak. Lalu dia keluar daripada bilik tersebut. Sakinah perlu diajar, bisik hatinya.

Di perhentian bas, yang agak terpencil daripada bangunan-bangunan lain , kelihatan Sakinah sedang duduk-duduk menunggu kedatangan kereta bapanya. Lambat pula ayah hari ni, dia bermonolog sendiri. Mulutnya tidak berhenti-henti menyedut air minuman yang di belinya semasa melalui gerai-gerai kecil ketika hendak ke perhentian bas. Sudah hampir satu jam dia menunggu. Bayang-bayang ayahnya belum pun muncul.

Ketika sedang ralit menunggu bapanya, Sakinah tidak sedar yang Aman sedang meluru laju kearahnya dengan sebilah pisau. Belum sempat , Sakinah bertindak apa-apa, satu penampar singgah di pipi gebunya menyebabkan dia pengsan.

Sedar-sedar, Sakinah berada disatu tempat yang asing baginya. Dia cuba mengingat kembali apa yang sebenarnya terjadi. Tiba-tiba, terdengar satu tawa yang menyeramkan. Penuh dengan misteri. Aman yang sedari tadi memerhatikan gerak-geri Sakinah, merenung gadis itu dalam-dalam. Sakinah memencilkan diri di satu sudut bilik itu. Airmatanya mula mengalir deras.

“ Kau kenal aku?” jerkah Aman.

Sakinah terdiam. Dia seperti pernah bertemu dengan lelaki ini. Wajah lelaki itu ditenung lagi. Ya , tidak salah lagi. Tukang kebun sekolahnya. Pipinya tiba-tiba terasa kebas.

“ Aku pemilik origami,” Sakinah tersentak dengan pengakuan itu. Rupa-rupanya dialah yang menghantar segala macam bentuk origami kepadanya. Sakinah bertambah takut. Lelaki ini kelihatan seperti kacau jiwanya. Atau lebih tepat lagi psiko.

Aman melekapkan tangannya ke kepala. Seperti ada satu bebanan yang tak tergalas olehnya. “ Aku cintakan kau separuh mati , perempuan. Aku buat bentuk-bentuk cantik untuk kau, kau buang macam sampah. Itu pantang aku. Kau memang cari mampus.” Gertaknya kasar. Matanya tidak berkelip-kelip memandang Sakinah.

Sakinah jadi tak tentu arah. Dia menjadi sangat takut. Orang-orang seperti ini mudah hilang pertimbangan. Dia tak mahu nyawanya terhenti di situ. Jika ditakdirkan dia mati sekalipun ketika ini, dia tidak mahu matu ditangan lelaki psiko ini.

Sepanjang hari dia bersama Aman dia hanya mendiamkan diri. Aman banyak menceritakan tentang kisah hidupnya yang penuh penderitaan. Kisah hidupnya yang kegersangan kasih. Dia banyak menangis. Sakinah tidak berani mengulas apa-apa. Dia hanya membiarkan Aman tenggelam dalam perasaannya. Sambil otaknya ligat mencari jalan keluar daripada penjara ini.

Tidak lama selepas itu, Sakinah mendapati Aman telah terlena keletihan. Ini peluang aku, getus hati Sakinah. Dengan penuh berhati –hati Sakinah, melangkah mencari jalan keluar daripada rumah kosong itu. Sakinah memijak anak-anak tangga perlahan-lahan. Dia tidak mahu Aman sedar sebelum dia sempat keluar.

Keadaan di tingkat bawah rumah sangat gelap. Hanya cahaya bulan yang membantu pergerakan Sakinah. Dia telah menemui pintu untuk keluar namun dia perlu mencari kuncinya. Dia cuba meraba-raba almari uzur yang terletak bersebelahan pintu tersebut. Tiba-tiba satu cahaya, seperti pemetik api  ditujukan kemukanya. Sakinah terperanjat. Aman!

Sakinah melarikan diri menjauhi Aman. Aman mengejarnya. Sakinah menyorok di satu sudut terpencil. Berharap agar Aman tidak ketemunya. Walaupun dia tahu lambat –laun Aman akan berjumpa tempat itu. Apabila dia merasakan bahawa derapan kaki Aman tidak kedengaran , dia mencuri-curi keluar daripada tempat persembunyiannya. Nasib tidak menyebelahi Sakinah, kerana Aman sudah berada disebelahnya dengan renungan yang penuh amarah dan pisau ditangan kirinya.

Rambut Sakinah ditarik kuat. Aman melalukan pisau ke seluruh tubuh Sakinah. Hanya airmata peneman Sakinah.
“ Kau nak lari, sayang.” Ucap Aman dengan penuh misteri. “ Kau nak lari ke mana. Tak siapa tahu tentang tempat ni. Hanya kau dan aku sahaja, sayang.”

“ Jangan bergerak. Kami polis!” kedengaran bunyi siren serta pembesar suara dari arah luar rumah. Aman terus mengemaskan pegangannya kepada Sakinah. Dia berkeras tidak mahu melepaskan Sakinah. Dia membawa Sakinah keluar rumah. Dia meletakkan pisau ke leher Sakinah. Dia mengugut untuk membunuh Sakinah jika polis menghalangnya.

Sakinah tiba-tiba mendapat kekuatan. Dia menendang Aman lalu terus berlari meluru kearah polis. Belum sempat Aman mengejar Sakinah, tiga das tembakan menembusi tepat ke dada Aman. Dia rebah disitu tidak bernyawa. Sakinah pula, pengsan kerana terlalu terkejut. Jasad Aman yang sudah tidak bernyawa terdampar dihalaman rumah bersama dendam yang tak terbalas.