Sunday 27 October 2013

C.E.R.P.E.N : Misteri kelas 1 Anggerik






Moody sungguh aku pepagi ni. Malas kot nak pergi sekolah. Tapi aku ni cg, tsgtlah awkward bila terdgr cg mls gi sekolah. Pagi2 lg aku dh cm hilang ¾ drpd keikhlasan aku mengajar hari ni. Nak tak nak aku pn gigih la jgk aku pi. 

Sampai je kat sekolah, time punch card tu, terselit pulak kena ganti kelas. Actually ngah jg periksa but nak tak nak kena jgk la. Sbb bak kata cg2, kita ni Yang Menurut Perintah je. Baru je aku plan nak habiskan masa aku ngn tgk video2 lawak yg menceriakan aku. 

So bila masa tu sampai, aku pn pergi la ke kelas 1 Anggerik. 


“ Pastikan anda mendapat kertas peperiksaan yg betul. Jgn lupa tulis nama dan tingkatan.” Ayat tipikal manusia yg jg peperiksaan. Aku pn duduk la kat belakang stlh memastikan semuanya berjalan dgn lancar. 2 jam beb kena jg. Aku pn xtw nak wat apa 2 jam ni. Aku pn gi la buat2 rajin meronda-ronda disekeliling kelas. 

Aku duduk semula. Mengantuk. Aku lihat pelajar2 pn ada yg mula lentok kan kepala ke meja. Aku teringat zaman dulu2. Aku rasa ¾ drpd masa exam tu aku akan tidur. Nasib baik la tido2 pn jd cg jgk. Hahaha… * Statement riak ni dtg dr Syaitoooon*

Aku pn tak boleh tahan tgk bdk2 ni. aku bercadang nak lelapkan mata seminit dua. Aku tengok kearah jam sekilas. Pukul 9.00 pg… masih ada 1 jam 30 minit lg sblm nak habis menjawab. Mata aku pn terus mengecil sehinggakan aku x berapa nak sedar apa yang berlaku.

Ting!!!

Satu bunyi yg cukup mengejutkan aku dr lena. Aku lihat kelas 1 Anggerik kosong. Tiada satu pn pelajar yang ada dlm kelas itu. Aku menjeling kearah jam. 9.15 pg. masih awal. Ahhh…sudah!!! Mana pulak budak2 ni pergi ni. Aku jd takut. Masak aku kena marah ni. Aku lihat kelas sebelah, pelajarnya masih ralit menjawab. Rasa takut, marah semua bercampur sebati. Aku cari pelajar2 1 Anggerik diserata sekolah. Dikantin, di tandas, di library semua tiada. Aku naik semula ke kelas. Semasa aku melangkah masuk ke kelas, aku lihat kelibat salah seorang pelajar 1 Anggerik melarikan diri dr aku. 

“ Eh kamu!!! Berhenti!!!”

Dia berhenti namun cuma berhenti senyum sebelum menyambung lariannnya. Aku mengejar bdk tersebut. Sampai aku tak Nampak pn longkang besar di hadapan, lalu, aku jatuh. Yang aku perasan sebelum pandangan mata ini gelap, kulihat mereka, pelajar2 1 Anggerik ketawa melihat aku terjatuh.

Ting!!!!

Aku terkejut. Bunyi tudung pen ku kira jatuh ke lantai. Aku buka mata. Aku rasa penat. Aku lihat seluruh tubuhku. Seingat aku, tadi aku jatuh longkang. Eh tapi, tiada 1 luka pn. Aku lihat pelajar 1 Anggerik menjawab khusyuk. Aku jeling jam 9.15 tepat! Hairan!

Aku jd bingung. Mimpikah td? Aku menghela nafas pjg. Mata ini ku arahkan kpd pelajar 1 Anggerik. Serentak dgn itu mata mereka, pelajar 1 Anggerik semua menatap kearahku dgn senyuman penuh misteri.

P/S : cerita ini terkeluar drpd neuron aku time jg periksa. Aku seseje nak psiko diri spy aku x tertido time jg exam… *c u soon*