Saturday 14 December 2013

C.E.R.P.E.N : Kerana nasi kerabu




Aku seorang lelaki normal. Aku akui memang aku normal. Aku punya naluri untuk dicintai dan mencintai. Mungkin atas pengalaman masa lalu, aku trauma a.k.a fobia dengan 1 kewajipan ni iaitu perkahwinan. Tak perlulah kot aku ceritakan kenapa aku fobia. Biarlah rahsia gitu.

Dulu, bila mama dan abah bukak intro pasal bab kawin aku terus lari. Start motor aku g main futsal ke main ngan kucing ke. Bila kawan-kawan sekerja aku kenen-kenenkan aku dengan anak mak cik mana-mana tah aku pun terus buat tak dengar dan blah macam tu je. Aku bukan tak ada duit, aku dah ada kereta, kerja tetap, rumah, cuma aku tak boleh dengar perkataan kawin. Bila dengar saja aku rasa nak pitam.

Sehinggalah aku bertemu dengan seorang gadis ni (isteri aku sekarang). Mula-mula aku tak ambil kisah pun tentang budak perempuan seorang ni. Dia rakan sekerja aku. Baru. Fresh graduate la katakan. Waktu tu aku dah menjangkau 28 tahun dan budak tu baru saja 24. Budak perempuan itu biasa-biasa saja. Tak cantik sangat cuma dia agak cute dan sedap mata memandang. Serius aku tak ambil pot langsung pasal budak perempuan tu. Dia pun tak begitu nak bersembang dengan sesiapa termasuklah aku.

Bila dah ada anak dara baru masuk kerja, mulalah akak-akak sekerja aku nak kenenkan. Macam biasa aku lari pecut 4x 100. Malas aku nak peduli. Aku rasa sebagai lelaki 28 tahun tu muda lagi kot. Sampai satu hari, tempat kerja aku buat jamuan raya. Aku? Aku tukang habiskan je. Tiba-tiba aku terpandang nasi kerabu yang merupakan nasi kegemaran aku. Aku pun apa lagi. Aku sambar makanan tu malah bertambah-tambah. Dah kenyang barulah aku tanya siapa yang masak nasi kerabu yang sedap tu.

“ Si Shila tu la. Budak baru tu.” Jawab Kak Nab.

Mesti korang pelik kan benda sesimple nasi kerabu tu betul-betul membuka pintu hati aku. Dah jodoh kan. Tukang buka dan tutup hati ni Allah lah jua. Lepas tu bila aku pandang budak perempuan tu aku jadi tak keruan. Tak tengok salah, tengok pun salah. Nak-nak pula bila aku tengok dia sangat baik dengan budak-budak kecil waktu hari sukan tempat kerja aku. Aku dah la suka budak-budak kecil.

Sekarang, budak tu sekarang dah pun menjadi isteri aku. Alhamdulillah fobia perkahwinan tu mula hilang dan yang datang hanyalah bahagia. Walaupun dia tak lah secantik atau tak se’hot’ kenangan lama tapi dia mampu buat nasi kerabu untuk aku tiap-tiap minggu.