Friday 27 September 2013

C.E.R.P.E.N : Buli








Danny membuka matanya perlahan-lahan. Cuba mencari cahaya. Namun hanya kegelapan pekat yang menyinggah di retina matanya. Dia merasakan tengkuknya sakit yang amat sangat. Dia diam. Membiarkan telinganya mengesan bunyi-bunyi yang mungkin boleh menyelamatkannya ketika ini. Mindanya cuba mengingat kembali bagaimana dia terperangkap dalam bilik gelap ini.

Ya, sewaktu ‘prep’ dia dan konco-konconya Black danJo ponteng. Mereka menyusup ke belukar belakang surau menuju ke cybercafé yang letaknya 2 km daripada asrama mereka. Ketika mereka cuba menyusup keluar, tiba-tiba sahaja seseorang memukul mereka dengan sebatang kayu tanpa sempat mereka tepis. Dan entah setelah beberapa lama dia pengsan, disinilah dia berada.

“Jo!!!! Black!!” Jo memekik. Malangnya hanya sunyi dan sepi menyahut jeritannya itu. Dia menggelabah. Trauma diserang dalam kegelapan itu. Dia cuba menendang-nendangkan kakinya kehadapan kerana tangannya sudah tidak dapat digerakkan dek diikat di kerusi itu.

Prangg!! Satu objek terjatuh. Lama-kelamaan matanya dapat melihat dalam samar bahawa tempat ini adalah tandas sekolah yang dikatakan berhantu. Peluh jantan membasahi tubuhnya.  Matanya dialihkan kepada benda yang jatuh tadi. Jo!!! Dia melihat Jo terbaring dengan keadaan yang mengerikan. Kesan kelar dimuka yang masih basah dengan darah. Disebelahnya, Black yang suah tidak bernyawa juga. Matanya terbelalak , seolah-olah menggambarkan kesakitan yang teramat sangat.

Danny histeria. Inilah kali pertama dia merasakan dunia ini tidak selamat untuknya. Tiba-tiba, telinganya menangkap derapan tapak kaki yang berjalan menuju ke tandas ini. Kedengaran juga seretan rantai besi seperti sengaja menambahkan ketakutan dihati Danny. Airmata bercampur dengan peluh. Dia tidak tahu dimana harus dia bersembunyi. Pintu terkuak perlahan.

“ Seronok tidur?” soal susuk yang tak dikenali itu. Jantung Danny berdegup kencang. “ Kawan-kawan kau dah ‘tidur’ kat neraka skrg ni.” Ujar susuk itu lagi. Kali ini dengan tawa yg jelas nada menyindir Danny.

“Kau siapa sial!” Danny menjerkah. Tercabar naluri samsengnya. Dia otai sekolah. Mana mungkin dia takut dengan sesiapa.

“ Kau tak kenal aku?” Suara itu merendah. Lantas dia menyuluh mukanya dengan torchlight.

Azri!!!

“Kau ingat tak kat dewan makan minggu lepas, kau tumpahkan nasi aku lepas tu kau paksa aku makan atas lantai.” Azri mula bergerak mendekati Danny sambil mengacukan rantai besi untuk menakut-nakutkan samseng taik kucing itu.

“ Kau ingat tak petang tadi kau letak sampah dorm kat atas katil aku. Kau buli aku,sial!” suara Azri meninggi. Emosinya tidak terkawal. Danny sedari tadi terdiam. Ketakutan melihat Azri pelajar baru berkaca mata bingkai tebal itu berubah personaliti.

“ Kau tahu tak kenapa aku pindah kat sekolah ni?”. Danny menggeleng. Matanya tak terlepas melihat rantai besi yang berada ditangan Azri.

“Sebab aku tolak senior aku yang poyo tu dari bangunan. Bapa aku org ternama. Dia padamkan kes aku hanya dengan pindahkan aku ke sekolah bodoh ni.” Azri gelak terbahak-bahak. Lucu mengenangkan tubuh seniornya menggeliat bergelut dgn sakaratulmaut sebelum menjadi mayat.

Tanpa sempat Danny menjerit, Azri melilitkan rantai besi itu ke lehernya. Menyempitkan rongga pernafasan Danny. Matanya terbeliak. Sampai satu tahap, tiada pergerakan dari Danny.

“ Tak baik buli org nanti cg marah!” Azri bersuara sambil membelai rambut Danny. Dia mengeluarkan handphone dan menghubungi papanya.

“ Papa , Azri nak pindah sekolah.”

P/S : JgN BuLi OrG

No comments:

Post a Comment