Thursday, 25 July 2013

CERPEN: T.E.M.P.A.N.G







Budak-budak memandang aku dengan pandangan yang aneh. Aku malu tapi ak buat muka 30 sen sahaja. Lantak dioranglah. Aku turun kereta perlahan –lahan memastikan kaki aku tak menjejak sepenuhnya ke tanah. Mungkin aku akan berjalan begini sepanjang 3 minggu. Perlahan-lahan juga aku berjalan ke pejabat untuk ‘punch card’.

“Cikgu, kenapa kaki cikgu ni?” tegur seorang pelajar perempuan. Matanya tak lepas memandang kakiku yang berbalut.

“ Saya jatuh motor.” Jawabku ringkas. Budak-budak ni kalau aku layan-layan, makin banyak pertanyaan mereka. Lagipun aku kurang selesa, pastinya di bilik guru nanti persoalan yang sama akan diutarakan oleh rakan-rakan guruku.

Lepas rehat aku ke kelas tingkatan 2 Ikhlas. Jenuh aku membilang anak tangga jalan berjengket-jengket untuk sampai kesitu. Apalagi pandangan mata dan tawa sinis pelajar. Nasib baik aku dianugerahkan hati yang keras. Bak kata mama, aku mampu buat muka bodoh walaupun dikutuk.
“Selamat pagi,cikgu.” Seru pelajar-pelajar kelas 2 Ikhlas.

“ Si capik!” Tiba-tiba sahaja nyanyian lagu dari siri TV Si Capik bergema di kelas tersebut mengundang tawa satu kelas. Aku memandangnya tajam. Aku nak marah namun disudut hati ada juga rasa nak tergelak sebab ku lihat wajah Faiz beria-ia menyanyi dengan ‘pitching’ yang berterabur.

“ Faiz, kamu kutuk cikgu, nanti kamu tempang baru tahu!” Kataku dalam nada yang agak marah. Mereka semua diam. Tahu perbuatan mereka itu melampau. Aku malas nak membiarkan marah aku berpanjangan. Lagi baik aku diam. Lalu P&P pun diteruskan.
                                                        
3 tahun kemudian….

“ Kemalangan ngeri melibatkan 7 orang maut dan 35 orang lagi cedera di Cameron Highland”

Berita dimuka hadapan benar-benar menyentap dadaku. Mana taknya , semua yang terlibat merupakan orang-orang sekitar kampungku. Mereka ke sana untuk lawatan kampung. Aku terus menghubungi abah dikampung kerana aku ketika itu berada di UPSI menyambung pengajian.

Satu hari, apabila pulang ke kampung, aku disapa oleh seseorang yang berkaki tempang.

“ Cikgu, masih ingat saya?” aku tilik, aku memaksa neuron-neuron ini berkerja keras untuk mengembalikan memori. Faiz! Ya Faiz pelajar aku ketika aku menjadi guru ganti satu ketika dahulu. Kulihat kakinya.

“ Kemalangan kat Cameron, cikgu.” Ujarnya bagai mengerti persoalan yang bermain diminda. Dia memandangku dan terus berlalu setelah meminta maaf.

Aku jenuh berfikir mengapa dia beria-ia meminta maaf pada aku. Si capik! Tiba –tiba lagu itu menjengah minda. Oh ! baru aku tahu. Aku tak berniat mendoakan mu begitu.

P/S: Berdasarkan kisah benar
        Kata2 seorang guru itu 1 doa.

Wednesday, 26 June 2013

PeNuLiS PaPan HiTaM

Salam... 

how r u? 

fine? alhamdulillah... :) may u always in peace and His love

hari ni kelas form 3 batal so little bit boring sbb aku xdak bnda nk buat..oppss... kpd sesiapa yg blom tw n teringin nak tw.. aku ni ngah menjalani cg ganti kat SMK Siong... gnti cg bersalin.. sbnrnya aku cdg balik2 khamis lepas , aku nk la bersosial dulu.. tp tup2 ahad terus kna p skolah then mgajar.. nak x nak p jgk la.. amik hati mak ayah... hahahahaha...ekcelli aku br je cdg nk menulis sebuku dua * bajet2*, dh bila myandang jwtn cg ni makanya aku menulis la jgk, tulis attendence bdk , tulis kat blackboard, fight ngn bdk... mmg keje aku la slama 3 bulan ni...

tu je la aku nk tulis... kna g buat kerja la pulak... daaaa




Wednesday, 12 June 2013

cErPeN : LoLiPoP





Aku lihat dadanya masih berombak walaupun rentaknya semakin perlahan. Asalkan belum mati, sudah. Bos besar mahukan organ-organ segar untuk dijual. Aku memandang tanpa rasa kepada budak lelaki berumur lingkungan 6 tahun itu. Seperti biasa pagi itu, aku menjual lolipop dihadapan tadika yang sudah menjadi targetku sejak seminggu lalu. Kulihat seorang budak lelaki sering lewat diambil oleh kedua orang tuanya. Aku menyapanya mesra,dan memang itu kelebihan aku yang mempunyai raut wajah yang manis yang selalu dapat menambat hati orang dengan cepat. Dengan kelebihan inilah, aku menjadi aku sekarang iaitu , penjual organ.

Aku memberinya lolipop. Percuma. Kanak-kanak seusianya ku tahu, memang sukakan makanan yang manis. Dia menyambutnya. Ku bawa dia ke tempat yang lebih sunyi, aku katakan yang aku ingin menemaninya untuk makan lolipop itu. Sekali jilat, dia memandangku sambil mengucapkan terima kasih. Aku perhatikan dia sambil membuat kiraan sendiri. Kukira, baru jilatan yang keempat, budak lelaki itu menggelupur tidak sedarkan diri. Kuangkat dia ,kuletakkan di van biruku. Maaf budak, semalam aku racun yang kuletak itu, terlebih dos. Selalunya 10-15 jilatan barulah budak-budak sebelum ini, tidak sedarkan diri. Racun itu diletakkan dipermukaan lollipop bertujuan untuk melemahkan pernafasan serta merencatkan keupayaan otak. Ini kupelajari ketika disekolah dahulu.

“Kring..kring..”

Panggilang dari bos besar merencatkan memoriku. Ringkas, dia memberikan alamat dimana patut kuhantar budak yang sedang nyawa-nyawa ikan itu. Kubungkus dia dengan guni hidup-hidup. Aku menuju kearah TV untuk menutup suis, namun, masih sempat telingaku menangkap berita Jam 9 yang sampaikan tentang kehilangan budak lelaki berusia 6 tahun. Aku senyum sedikit, lalu, menutup suis TV. Ada kerja yang masih perlu diselesaikan.

Friday, 24 May 2013

MoViE ReViEW : O.M.K the best!!!



SaLaM...


Bersawang lg blog aku ni ha… apa2 pn aku nk story kt angpa semua ttg 1 movie yg dilakonkan oleh jeng..jeng..jeng… mestilah my beloved hero..Jep Sepahtu…

G Mid Valley td sbnrnya x rancang pn nk g tgk movie, tp bila dlm train, Indah (member aku) suggest nk tgk movie.. nak2 pulak skrg ni tgh free stlh beberapa minggu bersalutkan kertas2 tesis, poster bagai.. so tanpa sbrg bantahan aku pn setuju la nk tgk O.M.K yg ramai kata citer tu best.. lgpn aku nk mengubat hatiku yg tgh lara kan time tu.. so … O.M.K tu kira terapi sampingan aku la…

Start2 je citer tu, segabak besar muka Jep.. satu panggung tu berderai gelak golek2.. aku n Indah pn gelak bagai nk rak kasut r.. mana taknya..scene mencuri tu mmg lwk gila… pencurik yg plg berdedikasi beb! Mengemas lepas mencuri…kau hade? Hahaha…

Aku puji la..sbb almost every scene buat aku berair mata… (ketawa)…

Kalau tnya aku aku suka part mana… byk … terutama skali part Mun peluk Sam… geli pn ada..siap cium2 lg… eeuuuwww…

Lg 1 time Yang Kasim tu ckp Kelantan… org Kelantan pn x paham wey hang ckp pa.. mmg sioot lah…

Tp ending citer ttg siapa sbnrnya mak Sam dan Mun… mmg gojes… riuh rendah panggung dok gelak kat angpa … tahniah O.M.K…

Apa pn tq sbb hilangkan stress I… Jep , u mmg the best lah… sbb buat aku keluar panggung dgn airmata…kah3x… nak tgk lg la ….

ni trailer pn dh buat aku gelak...