Wednesday, 12 June 2013

cErPeN : LoLiPoP





Aku lihat dadanya masih berombak walaupun rentaknya semakin perlahan. Asalkan belum mati, sudah. Bos besar mahukan organ-organ segar untuk dijual. Aku memandang tanpa rasa kepada budak lelaki berumur lingkungan 6 tahun itu. Seperti biasa pagi itu, aku menjual lolipop dihadapan tadika yang sudah menjadi targetku sejak seminggu lalu. Kulihat seorang budak lelaki sering lewat diambil oleh kedua orang tuanya. Aku menyapanya mesra,dan memang itu kelebihan aku yang mempunyai raut wajah yang manis yang selalu dapat menambat hati orang dengan cepat. Dengan kelebihan inilah, aku menjadi aku sekarang iaitu , penjual organ.

Aku memberinya lolipop. Percuma. Kanak-kanak seusianya ku tahu, memang sukakan makanan yang manis. Dia menyambutnya. Ku bawa dia ke tempat yang lebih sunyi, aku katakan yang aku ingin menemaninya untuk makan lolipop itu. Sekali jilat, dia memandangku sambil mengucapkan terima kasih. Aku perhatikan dia sambil membuat kiraan sendiri. Kukira, baru jilatan yang keempat, budak lelaki itu menggelupur tidak sedarkan diri. Kuangkat dia ,kuletakkan di van biruku. Maaf budak, semalam aku racun yang kuletak itu, terlebih dos. Selalunya 10-15 jilatan barulah budak-budak sebelum ini, tidak sedarkan diri. Racun itu diletakkan dipermukaan lollipop bertujuan untuk melemahkan pernafasan serta merencatkan keupayaan otak. Ini kupelajari ketika disekolah dahulu.

“Kring..kring..”

Panggilang dari bos besar merencatkan memoriku. Ringkas, dia memberikan alamat dimana patut kuhantar budak yang sedang nyawa-nyawa ikan itu. Kubungkus dia dengan guni hidup-hidup. Aku menuju kearah TV untuk menutup suis, namun, masih sempat telingaku menangkap berita Jam 9 yang sampaikan tentang kehilangan budak lelaki berusia 6 tahun. Aku senyum sedikit, lalu, menutup suis TV. Ada kerja yang masih perlu diselesaikan.

No comments:

Post a Comment