Tuesday, 20 December 2016

Bermulalah PJJ 😑

Assalamualaikum...



Hari nie kat baling dari pagi mbawa ke malam, hujan... rasa mcm dok London lak. Sejuk .....

Cuti sekolah pun makin melabuhkan tirai. Bermulalah PJJ dgn En. Suami (ni yg paling x dpt nak hadap ni)... mulalah bizi dgn budak nak SPM balik, budak tarian , miting, kursus... omaigad... apasal la cuti sebulan je. Bagi la cuti 2 bulan ke...huhu.. (ni lemaks.. haha).

Dahlah egtukar yg rayuan tu tak menunjukkan sebarang sinar bhagia utk termakbul. Haha.... 2017 cuba lagi ...

Dulu aku ingat aku sado bila alami PJJ ni. Rupa2nya aku ni lemah jgk. Tp kan aku rasa aku makin lemah ( ataupun naik lemak) sejak kawin ni. Dulu time bujang, aku survive je, ke hulu ke hilir, panjat tangga baiki mentol, repair barang sndiri, baiki enjin keta sendiri ( ni hiperbola). Sejak ada Encik Suami ni tetiba ala2 princess. Semua x leh buat sendiri.. Mengadanyaaa.....😥😥😥Pediaaaaaa.....



Barulah aku rasa sendiri, keperitan jiwa dan raga bila jauh ngn Encik Suami ni (nak2 plak bila  ada psgn yg  bermanja-manja dpn mata... tak ke rosak ketabahan org berPJJ ni?). Kesian la sikit kt kitaorg yg jumpa suami sebulan sekali ni.. huhu..

Aku baru 3 bulan kawin dan jauh dari suami dah meroyan mcm ni. Tabiklah pd yg dah bertahun2 jauh. Share tips plis... huhu...
😢
Tapi tak apalah... nak merungut pjg pn..nak minta simpati pun... tak guna jgk... masa berjalan pantas utk terus meratap. So 2017 sibukkan diri... Enjoy momen2 terakhir di Miri (amin). Dan make time go faster again.

Chaiyok 2017.. Be good to me...😊

Tuesday, 8 November 2016

Alamak , Encik Tunang Ajak Kawen


Salamualaikum dan Slmt yespiyem..kih3..

Hari ni relex sikit sbb budak2 f5 dah mula berperang, so, aku pun boleh la update blog. Tapi tula, aku install blog punya apps, syok2 dok update tiba2 dari 22/9 smpai skrg keje publishing je… cheesedale toi…
gambar xde kaitan

Cuma nya nak cerita kita dah tawen (trip2 kiut..daaaa) Alhamdulillah, pada 8.9.2016 tiba2 jadi PUAN.. Alhamdulillah. Tima Kasih Allah sbb pilih aku jd SURIHATI MR H. kui3..

Perkenalan kami dua ni singkat je.. sesingkat baju darjah 6 aku dulu… boleh kata ni mcm arrange married la jgk, bezanya  xde la mcm zmn dulu2 yang smpai nanges2 tak mau calon mak ayah. Mama ngn abah bagi ruang aku knl jap ngn Mr H ni. Tahun 2015 km kenal dlm bulan 7 kot (hehehe…lupa) first time jumpa face to face bln 11 thn lps then tunang 24.12.2015. senang je dia bgtw aku.. " Wei aku nak tunang ngn ang" , cmtu je.. senang ... direct, berbahasa-bahasa ni kan org salah tafsir... baik straight to the point...Alhamdulillah perjalanannya smooth dan steady.



Time bertunang tu biasalah time knl2 , time nk gaduh, time nak emosi, time keje pn byk, time nak pikir sal preparation nak kawin… dugaan tu besar la jgk..alhamdulillah aku dan Mr H mengharunginya dgn tabah. Tp aku rasa Mr H lagi tabah la melayan emosi aku yang turun naik tu ha.. tq deng.. hehe..

Dan 8.9.2016 kita pn kawin lah dgn jayanya..haa…alang-alang tu, nak ucapkan terima kasih pada semua saudara – saudari cikeboom2 kedua2 belah keluarga yang berpenat lelah tlg kami dua. Nak2 yang belah aku ni.. mmg aku ni pesen malas piker , so diorg la pikirkan utk aku.. tq sbb tlg piker wei..tq.. 





Alhamdulillah , esok jadinya 2 bulan dah jadi suami isteri hopefully bertabahlah dengan segala dugaan. Ni aku sdg hadap dugaan pertama iaitu PJJ ( Perhubungan Jarak Jauh). Aku kat Sarawak, Mr H kat Putrajaya, and semalam tgk result egtukar, tak dapat..hahaha.. sedih wei.. (sedih tapi gelak).. takpe kita try la lagi k..







Doakan aku dan suami ye .. 

Wednesday, 31 August 2016

Overcome your tacingness.. be positive ❤

Hai guys...

Aii dtg lagi dgn post terrrbaruuuu (baca dgn nada iklan tora)

Pe kabar.. btw.. slmt hari merdeka yg ke59.. kalau cikgu ni..thn dpn dh pencen ni.. (hambar kn lawak ni)

You guys tw x... usia ni berkadar terus / langsung dgn ketidakstabilan emosi... tu hipotesis dia..

Macam lah akak skrg ni... bkn main cpt terasa hati dgn situasi sekeliling sejak2 dkt2 usia emas ni... member tak ajak makan kat kantin akak tacink... budak jawab soalan merapu akak tacink..lebih kritikal... bila tgk kucing jeling akak pn akak rs sgt tak disayangi... over sguh tahap ketacingan ini...

Tapi ......
Setiap kali emosi tak stabil melanda... aku selalu positifkan diri... aku kawal perasaan aku.. sebab aku ni tend to mgada2 if aku lyn perasaan ni...

Macam mana aku buat?

First, Aku letakkan dlm kepala hotak aku bahawasanya... setiap manusia x kira kawan ke boipren ke gelpren ke bos ke ada khilaf diorg n tak sempurna... so diorg kdg x perasan pn diorg mentacingkn kita... jadi selagi mana diorg tak menjejaskan emosi kita smpai tahap kna mkn pil penenang ke... just TUTUP MATA dan SENYUM. sbb kita sndiri pn kdg gitu jgk... kn..kn..kn...

Kedua, Carilah sesuatu yg boleh entertain diri sndiri... kalau aku, aku suka tgk tv..tgk deahan, minguk, manse ( xkenal xpe).. p pantai.. wasap tunang eh3...

Ketiga, Ni pun aku rasa efektif untuk org2 kuat tacink ni... kite nk ckp direct kt org yg kita tacink tu kdg takut slh2 word.. setahun x btegur... so communicate la dgn Allah... aku selalunya lps solat (lps doa scr formal) aku dok bsila dan bbual dlm hati dgn Allah... Bgtw je Dia semua perasaan kau... Lps tu.. lega beb... lega gila...

So eventhough you rs you manusia yg plg suffer dlm planet ni... kalau hari tu xde mood ke.. at least jgn buat muka..lps kt org keliling.. kt students... you just have to calm yourself.. and keep smiling...

Sebab dik... hidup ni terlalu singkat untuk nk terasa2 dkt manusia yang kau tahu tak sempurna sifatnya... Btw...jadi happy dapat mjadikan kau lebih muda dan gorgeous hokay..

Kalau korang dh baca... sila la share2 kan... mudah2an we can separate the positive vibes all over the universe..

Bye... Nak tgk wayang jap...
😚😚😚😚😚


Wednesday, 10 August 2016

Nana Korobi Yaoki


Salamualaikum guys...❤💙💚💛💜

Pe kabo? Harap2 baik2 dlm melalui arus kesibukan kerja * tuju kt diri sendiri*...

U know.. become a teacher.. u need to be so creative in delivering the content to your students...

Catchy kn tajuk kt atas tu... bkn rekaan dr nama aku or jampi serapah utk pikat sapa2... bkn2.. ni inspiring proverb from japan.. yg aku br dgr from someone great..MR AZLI.. *t aku kabor sapa MR AZLI ni*😊

Hr ni aku sgt btuah sbb dpt turut serta dlm pnp ( PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN) one of my fellow super handsome glamour teacher.. Mr Viktor..😊

Walaupun dia bkn asal2 dr education punya background study.. but.. tahap kekereatifan cikgu ni..mengalahkan aku yg 4 thn bljr sal education.. dan bbrpa kali jd cg ganti dan tuisyen... *rasa kerdil diri yg dh kerdil ni*😊

Utk subtopik.. sub topik je eh.. subjek sains.. (gerakan dalam udara) yg dlm subtopik tu ada prinsip bernoulli... ada roket n kapal terbang semua tu... dia invite MR AZLI.. who is the chief of officer yg bekalkn enjin2 kapal terbang utk airasia..n mas *if im not mistaken... sori kalau info tu tpesong..tp it sound something like that la..* 😊

Dan MR AZLI  is a very good person. He willing to come to our school n give our students about the topic n how the rocket..the plane..the engine thing functioning in details... 😊

Some motivation from him as well... to our students..  n me as well... to be honest.. aku kalau dgr2 kisah2 inspiring cmni... mmg laaa sebak x semena2..

His prinsiples of 5H... inspired me as well..
HEAD.HANDS.HEART.HOW.HUMBLE. 😊

BTW it is a very good thing to experience.. bkn utk students ja tp utk aku cg yg cetek ilmu cm gue ni..

PS: kt epot miri.. ngah uruskan sal booking no.. haha..x jauh ngn plane hr ni..mentang2 la mgu dpn nk balik 🙊

Sunday, 7 August 2016

The first post after 3 years

Its been a long time since I posted the last thing in my blog..ahaha... sebenarnya aku lupa password... tiba2 try boleh plak.. continue je la kn..hehe...

In 3 years.. there are so many things happening and changing..

Lets the pictures tell you babes...

Saturday, 14 December 2013

C.E.R.P.E.N : Kerana nasi kerabu




Aku seorang lelaki normal. Aku akui memang aku normal. Aku punya naluri untuk dicintai dan mencintai. Mungkin atas pengalaman masa lalu, aku trauma a.k.a fobia dengan 1 kewajipan ni iaitu perkahwinan. Tak perlulah kot aku ceritakan kenapa aku fobia. Biarlah rahsia gitu.

Dulu, bila mama dan abah bukak intro pasal bab kawin aku terus lari. Start motor aku g main futsal ke main ngan kucing ke. Bila kawan-kawan sekerja aku kenen-kenenkan aku dengan anak mak cik mana-mana tah aku pun terus buat tak dengar dan blah macam tu je. Aku bukan tak ada duit, aku dah ada kereta, kerja tetap, rumah, cuma aku tak boleh dengar perkataan kawin. Bila dengar saja aku rasa nak pitam.

Sehinggalah aku bertemu dengan seorang gadis ni (isteri aku sekarang). Mula-mula aku tak ambil kisah pun tentang budak perempuan seorang ni. Dia rakan sekerja aku. Baru. Fresh graduate la katakan. Waktu tu aku dah menjangkau 28 tahun dan budak tu baru saja 24. Budak perempuan itu biasa-biasa saja. Tak cantik sangat cuma dia agak cute dan sedap mata memandang. Serius aku tak ambil pot langsung pasal budak perempuan tu. Dia pun tak begitu nak bersembang dengan sesiapa termasuklah aku.

Bila dah ada anak dara baru masuk kerja, mulalah akak-akak sekerja aku nak kenenkan. Macam biasa aku lari pecut 4x 100. Malas aku nak peduli. Aku rasa sebagai lelaki 28 tahun tu muda lagi kot. Sampai satu hari, tempat kerja aku buat jamuan raya. Aku? Aku tukang habiskan je. Tiba-tiba aku terpandang nasi kerabu yang merupakan nasi kegemaran aku. Aku pun apa lagi. Aku sambar makanan tu malah bertambah-tambah. Dah kenyang barulah aku tanya siapa yang masak nasi kerabu yang sedap tu.

“ Si Shila tu la. Budak baru tu.” Jawab Kak Nab.

Mesti korang pelik kan benda sesimple nasi kerabu tu betul-betul membuka pintu hati aku. Dah jodoh kan. Tukang buka dan tutup hati ni Allah lah jua. Lepas tu bila aku pandang budak perempuan tu aku jadi tak keruan. Tak tengok salah, tengok pun salah. Nak-nak pula bila aku tengok dia sangat baik dengan budak-budak kecil waktu hari sukan tempat kerja aku. Aku dah la suka budak-budak kecil.

Sekarang, budak tu sekarang dah pun menjadi isteri aku. Alhamdulillah fobia perkahwinan tu mula hilang dan yang datang hanyalah bahagia. Walaupun dia tak lah secantik atau tak se’hot’ kenangan lama tapi dia mampu buat nasi kerabu untuk aku tiap-tiap minggu.




Thursday, 21 November 2013

C.E.R.P.E.N : 'Resume' untuk bakal suami






“ Suatu hari nanti, aku mesti  kawin dengan Dr Shah ni!” seru Raihana dengan penuh keyakinan.
“ Kalau kau dapatlah pensyarah yang terkacak di universiti ni, aku belanja kau 3 bulan berturut-turut, beb!” ujar Suzi. Dia memang yakin 100% yang Raihana tidak mampu memiliki Dr Shah kerana lelaki itu bukan calang-calang orang boleh dekati. Dia juga yakin yang Raihana dan Dr Shah langsung tak sepadan, boleh dikatakan seperti planet Pluto dan Matahari jaraknya. Masakan tidak, Raihana orangnya agak kurang menjaga penampilan, paling malas nak iron baju, lagaknya juga kadang-kala tak senonoh dipandang mata walaupun sebenarnya Rihana ini memiliki wajah yang cute, ‘Ugly but adoreble’. Sementara Dr Shah pula, lelaki yan stylo milo,bukan sahaja baik dari segi penampilan malahan , baik pendidikan dan tingkahlaku. Jauh benar dengan Raihana yang merangkak-rangkak nak mengambil diploma.

Setiap kali Dr Shah masuk ke dewan kuliah, Raihana selalu bersemangat, kadang-kala dia sengaja mencari ‘point’ untuk bertanya tentang itu dan ini. Soalan bodoh-bodoh alang pun keluar asalkan dia dapat bercakap dengan pensyarah bujang itu.

“ Kau rasa la beb, Dr Shah dah suka kat aku ke belum?” tanya Raihana ketika mereka berdua berjalan pulang dari kafe.

“ Hahaha.. Kau nak aku cakap jujur ke tipu?” Suzi mengenakan Raihana serta menghambur tawa yang paling kuat yang pernah dia keluarkan seumur hidupnya. “ Dah la Cik Ana oi, Wake up beb! Dr Shah tu tengok kita cam adik-adik dia kot, kalau kau suka lebih-lebih, kang tak dapat frust menonggeng beb!” nasihat Suzi. Walaupun dia merupakan pengkritik tetap perhubungan Raihana dan Dr Shah, namundia tak akan sampai hati membiarkan Raihana mencapai hasrat yang pasti tak kesampaian.

Raihana merangka strategi. Dr Shah mesti menjadi suaminya. Dia menyukai lelaki itu bukan hanya pada paras dan rupa, tetapi, atas keyakinannya pada lelaki itu dapat menjaga dirinya sebagai wanita. Dia telah menjalankan beberapa langkah awal untuk menawan hati Dr Shah. Hari lahir Dr Shah, hadiah yang berupa baju t-shirt yang dibeli dengan biasiswanya. Dia sangat teruja apabila Dr Shah menyarungkan baju itu ketika kuliah malam. Dia juga pernah menjadi sukarela menolong Dr Shah menyediakan dan mencari jurnal-jurnal ilmiah untuk projeknya.  Setelah beberapa plan strategi ( gila terancang kau Raihana), akhirnya dia mengorak langkah yang lebih ekstrem.  Esok perlu terlaksana. Tak dapat tidak, kau tak pelu menoleh lagi, Raihana, gumamnya dalam hati.

Tok..tok..tok…

“Masuk” Kedengaran suara Dr Shah dari dalam bilik. Dengan lafaz Bismillah, Raihana membuka pintu bilik tersebut dengan penuh sopan santu ala-ala perempuan melayu terakhir (walhal maknya pernah melabel Raihana sebagai anak gadis yang macho).
“ Oh , Raihana. Sila duduk.” Ujar Dr Shah sebaik sahaja melihat wajah pelajarnya itu. “ Ada apa?” tanya Dr Shah sopan. Dr Shah perasan sejak kebelakangan ini, Raihana ringan tulang membantunya. Dia suka melihat Raihana yang pada matanya baik.
“ Saya nak bagi resume.” Raihana menjawab. Ringkas.
“Resume?”
Gadis itu mengangguk. Dia melihat wajah anak gadis itu merah. Eh, aku ada bagi assignment suruh buat resume ke, Dr Shah bertanya dalam hati. Dia secara perlahan-lahan membuka resume. Barangkali dia nak aku perbetulkan resume dia kot, ujarnya lagi. Berteka –teki sendiri.


RESUME                                                          Description: Description: http://portal2.upsi.edu.my/servlet/ImagePhoto?imageid=D20091034852&type=2

                                                               
                                                                                               
RAIHANA BINTI JAAFAR


OBJEKTIF
MENJADI ISTERI DIDUNIA DAN BIDADARI DISYURGA KEPADA SHAHREZA BIN SULAIMAN                                                 

MAKLUMAT PERIBADI

NAME                    : RAIHANA BINTI JAAFAR
IC  NO                    : *******
H / P NO                 : ****
POSTAL ADDRESS             : KULAI,JOHOR
FIELD OF STUDY                : DIPLOMA PENULISAN KREATIF


KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN

1.        BOLEH MEMASAK (BELUM BEGITU MAHIR TAPI AKAN DIBAIKI)
2.        BOLEH MENGEMAS RUMAH DENGAN BAIK
3.        BOLEH MENJADI TEMAN , SAHABAT DAN KAWAN YANG SETIA
4.        BOLEH MENJADI IBU YANG PENYAYANG
                       5.        BOLEH MENJADI ISTERI YANG SOLEH



          Raihana berdebar menanti reaksi Dr Shah. Tak lama selepas itu, mata keduanya bertaut. Senyuman masing-masing mula bertemu. Dr Shah mengambil cop.

“ Permohonan anda diluluskan”