Aku seorang lelaki normal. Aku akui memang aku normal. Aku punya
naluri untuk dicintai dan mencintai. Mungkin atas pengalaman masa lalu, aku
trauma a.k.a fobia dengan 1 kewajipan ni iaitu perkahwinan. Tak perlulah kot
aku ceritakan kenapa aku fobia. Biarlah rahsia gitu.
Dulu, bila mama dan abah bukak intro pasal bab kawin aku
terus lari. Start motor aku g main futsal ke main ngan kucing ke. Bila kawan-kawan
sekerja aku kenen-kenenkan aku dengan anak mak cik mana-mana tah aku pun terus
buat tak dengar dan blah macam tu je. Aku bukan tak ada duit, aku dah ada
kereta, kerja tetap, rumah, cuma aku tak boleh dengar perkataan kawin. Bila dengar
saja aku rasa nak pitam.
Sehinggalah aku bertemu dengan seorang gadis ni (isteri aku
sekarang). Mula-mula aku tak ambil kisah pun tentang budak perempuan seorang
ni. Dia rakan sekerja aku. Baru. Fresh graduate la katakan. Waktu tu aku dah
menjangkau 28 tahun dan budak tu baru saja 24. Budak perempuan itu biasa-biasa
saja. Tak cantik sangat cuma dia agak cute dan sedap mata memandang. Serius aku
tak ambil pot langsung pasal budak perempuan tu. Dia pun tak begitu nak
bersembang dengan sesiapa termasuklah aku.
Bila dah ada anak dara baru masuk kerja, mulalah akak-akak
sekerja aku nak kenenkan. Macam biasa aku lari pecut 4x 100. Malas aku nak
peduli. Aku rasa sebagai lelaki 28 tahun tu muda lagi kot. Sampai satu hari,
tempat kerja aku buat jamuan raya. Aku? Aku tukang habiskan je. Tiba-tiba aku
terpandang nasi kerabu yang merupakan nasi kegemaran aku. Aku pun apa lagi. Aku
sambar makanan tu malah bertambah-tambah. Dah kenyang barulah aku tanya siapa
yang masak nasi kerabu yang sedap tu.
“ Si Shila tu la. Budak baru tu.” Jawab Kak Nab.
Mesti korang pelik kan benda sesimple nasi kerabu tu
betul-betul membuka pintu hati aku. Dah jodoh kan. Tukang buka dan tutup hati ni Allah lah jua. Lepas tu bila aku pandang budak perempuan
tu aku jadi tak keruan. Tak tengok salah, tengok pun salah. Nak-nak pula bila
aku tengok dia sangat baik dengan budak-budak kecil waktu hari sukan tempat
kerja aku. Aku dah la suka budak-budak kecil.
Sekarang, budak tu sekarang dah pun menjadi isteri aku. Alhamdulillah
fobia perkahwinan tu mula hilang dan yang datang hanyalah bahagia. Walaupun dia
tak lah secantik atau tak se’hot’ kenangan lama tapi dia mampu buat nasi kerabu
untuk aku tiap-tiap minggu.
No comments:
Post a Comment