Loceng berbunyi menandakan giliran aku
masuk ke kelas 3 AD. Kelas yang terletak dibelakang bukan sahaja dari segi
lokasi disekolah bahkan dalam turutan tingkatan 3. Sepanjang aku berjalan
menuju masuk ke kelas, aku baca ayat kursi byk2. Bkn aku takut , jauh sekali
kecut melihat bdk2 yg nakal di kelas itu, tetapi, aku ingin sabarkan diriku
awal2 spy aku dpt mengawal amarahku bila mereka sudah mula buat hal.
“ Bangun!!! Assalamualaikum cikgu!” Ikwan
memimpin kelas selaku ketua dlm tingkatan 3 AD. Ada yg memberikan respon , tak
kurang juga yang cuba menyelinap keluar dari pintu belakang namun terhenti
apabila mataku dapat menangkap gerak geri mereka. Semua mereka duduk walaupun
ada sesetengahnya seperti cacing kepanasan tatkala aku memulakan matapelajaran
sains ; subjek yg dikatakan killer bg pelajar.
“ Dalam litar selari, apabila salah satu
mentol terpadam, mentol yang lain masih boleh menyala kerana terdapat lebih
drpd satu lintasan litar” Aku mula menerangkan satu-persatu fakta dalam topik 6
itu. Ada yg melihat aku seperti mahu menelan jasad ini. Faham atau tidak, aku
kurg pasti. Tetapi selalunya sebelum habis waktu aku akan beri latihan untuk
menguji tahap kefahaman mereka.
“ Cikgu, cikgu nak ikan pekasam tak?” Tiba2
Azman otai kelas bersuara. Rakan2 kelas yg lain gelak terbahak2. Mana taknya.
Ikan pekasam dgn litar elektrik, tiada langsung kaitan. Aku mula berasa
bengang. Aku menganggap dia cuba mempermainkan aku. Tapi cara akubkn melenting,
naik darah tak tentu pasal. Aku ada cara yg lebih sentap aku kenakan padanya.
“ Kalau kamu bg free sy nak, kalau byr sy x
ingin” Jawabku agak kasar. Sejujurnya, aku tak suka situasi yg sudah mula bingit
sejak pertanyaan yg tak munasabah td. Azman hanya senyum. Biarkanlah !
Keesokannya, pagi2 lagi aku lihat Azman
menunggu aku di hadapan bilik guru. Tidak pernah aku lihat dia di bilik guru
hatta melintas pn. Bdk2 spt dia kukira tempat lepaknya hanya di toilet yg penuh
dgn bau2 yg boleh mengganggu tumbesaran otak.
“ Cikgu ni ikan pekasam.” Ujarnya. Masih
dlm senyum smlm.
Aku tersentak. Sedikit terharu.
“ Eh, terima kasih. Berapa ringgit?”
soalku, mengawal rasa bersalah yg mula bersarang dihati.
“ Free je cg!” Laungnya .Dia lantas
berlari-lari anak menuruni baris2 anak tangga dibilik guru. Berkejar-kejar utk
ke perhimpunan pagi.
Sepanjang hari itu , aku rs sgt bersalah pd
Azman. Bkn sekali aku marah dia, dah byk kali. Namun utk yg kali ini, aku
terlihat kebaikan yg selama ini terhijab dari pandangan mataku. Telinga aku
lantas terngiang-ngiang kata2 seorg pensyarah ketika menuntut di UPSI dulu.
“ Tengok pelajar dgn menggunakan hati, bkn
mata” Kata beliau.
Kuharus ubah persepsi! Azman , terima
kasih!
P/S: Kisah ini teladan buat semua terutama sekali pd shbt2 bakal guru..
~ ni hiasan semata2 sbb hensem aku letak..hahahahahahahahahahahaha~
No comments:
Post a Comment