Friday, 27 September 2013

C.E.R.P.E.N : Buli








Danny membuka matanya perlahan-lahan. Cuba mencari cahaya. Namun hanya kegelapan pekat yang menyinggah di retina matanya. Dia merasakan tengkuknya sakit yang amat sangat. Dia diam. Membiarkan telinganya mengesan bunyi-bunyi yang mungkin boleh menyelamatkannya ketika ini. Mindanya cuba mengingat kembali bagaimana dia terperangkap dalam bilik gelap ini.

Ya, sewaktu ‘prep’ dia dan konco-konconya Black danJo ponteng. Mereka menyusup ke belukar belakang surau menuju ke cybercafé yang letaknya 2 km daripada asrama mereka. Ketika mereka cuba menyusup keluar, tiba-tiba sahaja seseorang memukul mereka dengan sebatang kayu tanpa sempat mereka tepis. Dan entah setelah beberapa lama dia pengsan, disinilah dia berada.

“Jo!!!! Black!!” Jo memekik. Malangnya hanya sunyi dan sepi menyahut jeritannya itu. Dia menggelabah. Trauma diserang dalam kegelapan itu. Dia cuba menendang-nendangkan kakinya kehadapan kerana tangannya sudah tidak dapat digerakkan dek diikat di kerusi itu.

Prangg!! Satu objek terjatuh. Lama-kelamaan matanya dapat melihat dalam samar bahawa tempat ini adalah tandas sekolah yang dikatakan berhantu. Peluh jantan membasahi tubuhnya.  Matanya dialihkan kepada benda yang jatuh tadi. Jo!!! Dia melihat Jo terbaring dengan keadaan yang mengerikan. Kesan kelar dimuka yang masih basah dengan darah. Disebelahnya, Black yang suah tidak bernyawa juga. Matanya terbelalak , seolah-olah menggambarkan kesakitan yang teramat sangat.

Danny histeria. Inilah kali pertama dia merasakan dunia ini tidak selamat untuknya. Tiba-tiba, telinganya menangkap derapan tapak kaki yang berjalan menuju ke tandas ini. Kedengaran juga seretan rantai besi seperti sengaja menambahkan ketakutan dihati Danny. Airmata bercampur dengan peluh. Dia tidak tahu dimana harus dia bersembunyi. Pintu terkuak perlahan.

“ Seronok tidur?” soal susuk yang tak dikenali itu. Jantung Danny berdegup kencang. “ Kawan-kawan kau dah ‘tidur’ kat neraka skrg ni.” Ujar susuk itu lagi. Kali ini dengan tawa yg jelas nada menyindir Danny.

“Kau siapa sial!” Danny menjerkah. Tercabar naluri samsengnya. Dia otai sekolah. Mana mungkin dia takut dengan sesiapa.

“ Kau tak kenal aku?” Suara itu merendah. Lantas dia menyuluh mukanya dengan torchlight.

Azri!!!

“Kau ingat tak kat dewan makan minggu lepas, kau tumpahkan nasi aku lepas tu kau paksa aku makan atas lantai.” Azri mula bergerak mendekati Danny sambil mengacukan rantai besi untuk menakut-nakutkan samseng taik kucing itu.

“ Kau ingat tak petang tadi kau letak sampah dorm kat atas katil aku. Kau buli aku,sial!” suara Azri meninggi. Emosinya tidak terkawal. Danny sedari tadi terdiam. Ketakutan melihat Azri pelajar baru berkaca mata bingkai tebal itu berubah personaliti.

“ Kau tahu tak kenapa aku pindah kat sekolah ni?”. Danny menggeleng. Matanya tak terlepas melihat rantai besi yang berada ditangan Azri.

“Sebab aku tolak senior aku yang poyo tu dari bangunan. Bapa aku org ternama. Dia padamkan kes aku hanya dengan pindahkan aku ke sekolah bodoh ni.” Azri gelak terbahak-bahak. Lucu mengenangkan tubuh seniornya menggeliat bergelut dgn sakaratulmaut sebelum menjadi mayat.

Tanpa sempat Danny menjerit, Azri melilitkan rantai besi itu ke lehernya. Menyempitkan rongga pernafasan Danny. Matanya terbeliak. Sampai satu tahap, tiada pergerakan dari Danny.

“ Tak baik buli org nanti cg marah!” Azri bersuara sambil membelai rambut Danny. Dia mengeluarkan handphone dan menghubungi papanya.

“ Papa , Azri nak pindah sekolah.”

P/S : JgN BuLi OrG

Tuesday, 24 September 2013

C.E.R.P.E.N : Ikan Pekasam





Loceng berbunyi menandakan giliran aku masuk ke kelas 3 AD. Kelas yang terletak dibelakang bukan sahaja dari segi lokasi disekolah bahkan dalam turutan tingkatan 3. Sepanjang aku berjalan menuju masuk ke kelas, aku baca ayat kursi byk2. Bkn aku takut , jauh sekali kecut melihat bdk2 yg nakal di kelas itu, tetapi, aku ingin sabarkan diriku awal2 spy aku dpt mengawal amarahku bila mereka sudah mula buat hal.

“ Bangun!!! Assalamualaikum cikgu!” Ikwan memimpin kelas selaku ketua dlm tingkatan 3 AD. Ada yg memberikan respon , tak kurang juga yang cuba menyelinap keluar dari pintu belakang namun terhenti apabila mataku dapat menangkap gerak geri mereka. Semua mereka duduk walaupun ada sesetengahnya seperti cacing kepanasan tatkala aku memulakan matapelajaran sains ; subjek yg dikatakan killer bg pelajar.

“ Dalam litar selari, apabila salah satu mentol terpadam, mentol yang lain masih boleh menyala kerana terdapat lebih drpd satu lintasan litar” Aku mula menerangkan satu-persatu fakta dalam topik 6 itu. Ada yg melihat aku seperti mahu menelan jasad ini. Faham atau tidak, aku kurg pasti. Tetapi selalunya sebelum habis waktu aku akan beri latihan untuk menguji tahap kefahaman mereka.

“ Cikgu, cikgu nak ikan pekasam tak?” Tiba2 Azman otai kelas bersuara. Rakan2 kelas yg lain gelak terbahak2. Mana taknya. Ikan pekasam dgn litar elektrik, tiada langsung kaitan. Aku mula berasa bengang. Aku menganggap dia cuba mempermainkan aku. Tapi cara akubkn melenting, naik darah tak tentu pasal. Aku ada cara yg lebih sentap aku kenakan padanya.

“ Kalau kamu bg free sy nak, kalau byr sy x ingin” Jawabku agak kasar. Sejujurnya, aku tak suka situasi yg sudah mula bingit sejak pertanyaan yg tak munasabah td. Azman hanya senyum. Biarkanlah !

Keesokannya, pagi2 lagi aku lihat Azman menunggu aku di hadapan bilik guru. Tidak pernah aku lihat dia di bilik guru hatta melintas pn. Bdk2 spt dia kukira tempat lepaknya hanya di toilet yg penuh dgn bau2 yg boleh mengganggu tumbesaran otak.

“ Cikgu ni ikan pekasam.” Ujarnya. Masih dlm senyum smlm. 

Aku tersentak. Sedikit terharu.

“ Eh, terima kasih. Berapa ringgit?” soalku, mengawal rasa bersalah yg mula bersarang dihati.

“ Free je cg!” Laungnya .Dia lantas berlari-lari anak menuruni baris2 anak tangga dibilik guru. Berkejar-kejar utk ke perhimpunan pagi.

Sepanjang hari itu , aku rs sgt bersalah pd Azman. Bkn sekali aku marah dia, dah byk kali. Namun utk yg kali ini, aku terlihat kebaikan yg selama ini terhijab dari pandangan mataku. Telinga aku lantas terngiang-ngiang kata2 seorg pensyarah ketika menuntut di UPSI dulu.

“ Tengok pelajar dgn menggunakan hati, bkn mata” Kata beliau.

Kuharus ubah persepsi! Azman , terima kasih!

P/S: Kisah ini teladan buat semua terutama sekali pd shbt2 bakal guru..
~ ni hiasan semata2 sbb hensem aku letak..hahahahahahahahahahahaha~

Saturday, 21 September 2013

NoTa-NoTa CiNta StUdEnTKu

Salam.....

spt yg semua tahu... aku sgt suka wat ujian personaliti... mengenali diri dgn lebih dkt.. tp kdg2 ujian personaliti ni buyers sbb sumtime time kita jwb tu kita leh agak apa jwpn karekter kita...

with my bee


u see, as a teacher.. tmbh2 freshie cm aku ni... sumpah byk kurang... kurang tinggi  bijak , kurang faham bila ngajar... sbb tu at the end pengajaran cg2 diminta spy tnya balik smada fhm ke x lesson hr tu.. tp bdk2 mesti jawab fhm punyer... smada mls or yg amik hati cg... bjet2 cm cg ni pandai ngajar tahap phD r... 



so berakhirnya sesi pengajaran aku mgu lalu, aku pn mintak la diorg mengkomen sejauh mana keberkesanan aku ngajar. siap aku kata... ni r time angpa nk kutuk, nk komen kaw2 punya... aku x bg depa tulis nm... so they will feel free to criticize me.... setiap kelas aku tnya .. 3 kelas form3 n 1 kelas form4...

ni aku share apa yg diorg tulis... bkn semua la.. selected 1 yg aku rs boleh dirangkumkan sbg suara majoriti.. *wah2 spt org politik sgt*





















rata2 kata aku ckp cpt sgt... *mmg nature aku la ckp cpt2 ni*.. in my defense, lepas aku terang kat dpn kelas then bila wat latihan aku akn facilitate group by group pulak... sbb mmg bnda sma time bdk2 praktikal dulu... 

siap bg tips sruh aku relek2 lagi tuh... hahahaha

lg 1 kata aku ckp kuat sgt... kalau angpa perasan komen pic yg ke4 tu... siap suggest aku g jdik komander lgik... gila sentap ooohhh... tu pn mmg aku dr kecik... aku mmg suka ckp kuat2.. x puas aih ckp slow2...
aku ingt bila volume aku tinggi bdk2 fokus... tp ada yg x bleh dgr suara halilintar aku ni... trus ilang fokus.. apekah...

ada jgk yg komen , aku x bg perhatian kat dia... maafkan cg anak2 ... bila ramai sgt... cg pn xtw nm 1 cg nk layan... tp bkn bermakna cg pilih kasih tw...

yg plg x bleh blah komen yg last skali... aku sruh komen aku ngajar tp dia boleh komen lilitan selendang aku... aku tw yg tulis tu bdk laki.. hahahaha..

so pd adik2 yg sdg berpraktikum tu...ni la ms nk improve... time last2 t buat la cenggini... bdk2 biasanya jujur...

P/S: sedia terima kritikan membina :)



Friday, 20 September 2013

RevIeW BuKu: MAGIS ( Ramlee Awang Murshid)








Salam... Hello..Hai...




wah2... lama benor nmpk nyer x menghupdate apa2 kat sini... tiba2 virus malas menjalar dipelusuk darah dlm bdn ni... hari ni, aku gagahkan jg diri supaya x terkubur cerita kita dan mereka... giteww...lgpn aku dh abeh bertugas sbg guru ganti... so masa relax ada 2-3 hari ni... walaupun rabu ni kne g interview utk isi post islamis studies teacher and BM teacher kat straits international school kat penang nun.. *kalau sapa tw apa2 sal skolah ni..habaq la kat ceq na*

gmbr time ngajor tu hari

okeh...

ni back to the title... buku magis ..buah tgn terbaru idolaku RAM.. asalnya aku nk beli online... dh nk kata rejeki... time aku konvo tu hari... karangkraf jual pulak buku ni dgn harge yg wow!!! murah beb!!!






sje nk tayang gmbr pre-konvo...



dinner bdk2 bio- kaler blok x-


MAGIS.....!!!!

kali ni aku amik ms lama cket...2 hari br habis baca... so... cerita sal apa????

as expected ...cerita dia sgt unexpected *pantun dua kerat*

menceritakan ttg 5 watak RAM sblm ni bersatu menentang kuasa jahat diakhir zaman... 5 watak yg mempunyai pelbagai keistimewaan ini adalah tombiruo, ryu watanabe, lakmana sunan, carlos n mikail yg tercampak di dunia akhir zmn... so saksikanlah keMAGISannya dgn dptkan buku ni...

aku suka MAGIS sbb kalau diteliti..the story more cm islamik cket walaupun citer dia ala2 masa depan gitu...bila mn agama ni bkn lg jd pggn kita.. bila mn kuasa yg mengaku tuhan menguasai kita... citer ni ada tahap kesuspenan tersendiri walaupun bkn citer hantu... part yg aku paling kagum adalah kehadiran pmpn tua yg selalu mengekori mereka ke mana2 sj.. ha... pmpn tua tu sapa? angpa p la beli n rskan sdiri keMAGISannya... walaweh...

siapa yg minat ngn RAM ni jgn segan p carik buku ni... kui3...

da....

P/S : kali ni rajin cket uploa byk gmbor...