Thursday, 25 July 2013

CERPEN: T.E.M.P.A.N.G







Budak-budak memandang aku dengan pandangan yang aneh. Aku malu tapi ak buat muka 30 sen sahaja. Lantak dioranglah. Aku turun kereta perlahan –lahan memastikan kaki aku tak menjejak sepenuhnya ke tanah. Mungkin aku akan berjalan begini sepanjang 3 minggu. Perlahan-lahan juga aku berjalan ke pejabat untuk ‘punch card’.

“Cikgu, kenapa kaki cikgu ni?” tegur seorang pelajar perempuan. Matanya tak lepas memandang kakiku yang berbalut.

“ Saya jatuh motor.” Jawabku ringkas. Budak-budak ni kalau aku layan-layan, makin banyak pertanyaan mereka. Lagipun aku kurang selesa, pastinya di bilik guru nanti persoalan yang sama akan diutarakan oleh rakan-rakan guruku.

Lepas rehat aku ke kelas tingkatan 2 Ikhlas. Jenuh aku membilang anak tangga jalan berjengket-jengket untuk sampai kesitu. Apalagi pandangan mata dan tawa sinis pelajar. Nasib baik aku dianugerahkan hati yang keras. Bak kata mama, aku mampu buat muka bodoh walaupun dikutuk.
“Selamat pagi,cikgu.” Seru pelajar-pelajar kelas 2 Ikhlas.

“ Si capik!” Tiba-tiba sahaja nyanyian lagu dari siri TV Si Capik bergema di kelas tersebut mengundang tawa satu kelas. Aku memandangnya tajam. Aku nak marah namun disudut hati ada juga rasa nak tergelak sebab ku lihat wajah Faiz beria-ia menyanyi dengan ‘pitching’ yang berterabur.

“ Faiz, kamu kutuk cikgu, nanti kamu tempang baru tahu!” Kataku dalam nada yang agak marah. Mereka semua diam. Tahu perbuatan mereka itu melampau. Aku malas nak membiarkan marah aku berpanjangan. Lagi baik aku diam. Lalu P&P pun diteruskan.
                                                        
3 tahun kemudian….

“ Kemalangan ngeri melibatkan 7 orang maut dan 35 orang lagi cedera di Cameron Highland”

Berita dimuka hadapan benar-benar menyentap dadaku. Mana taknya , semua yang terlibat merupakan orang-orang sekitar kampungku. Mereka ke sana untuk lawatan kampung. Aku terus menghubungi abah dikampung kerana aku ketika itu berada di UPSI menyambung pengajian.

Satu hari, apabila pulang ke kampung, aku disapa oleh seseorang yang berkaki tempang.

“ Cikgu, masih ingat saya?” aku tilik, aku memaksa neuron-neuron ini berkerja keras untuk mengembalikan memori. Faiz! Ya Faiz pelajar aku ketika aku menjadi guru ganti satu ketika dahulu. Kulihat kakinya.

“ Kemalangan kat Cameron, cikgu.” Ujarnya bagai mengerti persoalan yang bermain diminda. Dia memandangku dan terus berlalu setelah meminta maaf.

Aku jenuh berfikir mengapa dia beria-ia meminta maaf pada aku. Si capik! Tiba –tiba lagu itu menjengah minda. Oh ! baru aku tahu. Aku tak berniat mendoakan mu begitu.

P/S: Berdasarkan kisah benar
        Kata2 seorang guru itu 1 doa.