Salam...
how r u?
fine? alhamdulillah... :) may u always in peace and His love
hari ni kelas form 3 batal so little bit boring sbb aku xdak bnda nk buat..oppss... kpd sesiapa yg blom tw n teringin nak tw.. aku ni ngah menjalani cg ganti kat SMK Siong... gnti cg bersalin.. sbnrnya aku cdg balik2 khamis lepas , aku nk la bersosial dulu.. tp tup2 ahad terus kna p skolah then mgajar.. nak x nak p jgk la.. amik hati mak ayah... hahahahaha...ekcelli aku br je cdg nk menulis sebuku dua * bajet2*, dh bila myandang jwtn cg ni makanya aku menulis la jgk, tulis attendence bdk , tulis kat blackboard, fight ngn bdk... mmg keje aku la slama 3 bulan ni...
tu je la aku nk tulis... kna g buat kerja la pulak... daaaa
Wednesday, 26 June 2013
Wednesday, 12 June 2013
cErPeN : LoLiPoP
Aku
lihat dadanya masih berombak walaupun rentaknya semakin perlahan. Asalkan belum
mati, sudah. Bos besar mahukan organ-organ segar untuk dijual. Aku memandang
tanpa rasa kepada budak lelaki berumur lingkungan 6 tahun itu. Seperti biasa
pagi itu, aku menjual lolipop dihadapan tadika yang sudah menjadi targetku
sejak seminggu lalu. Kulihat seorang budak lelaki sering lewat diambil oleh
kedua orang tuanya. Aku menyapanya mesra,dan memang itu kelebihan aku yang
mempunyai raut wajah yang manis yang selalu dapat menambat hati orang dengan
cepat. Dengan kelebihan inilah, aku menjadi aku sekarang iaitu , penjual organ.
Aku
memberinya lolipop. Percuma. Kanak-kanak seusianya ku tahu, memang sukakan
makanan yang manis. Dia menyambutnya. Ku bawa dia ke tempat yang lebih sunyi,
aku katakan yang aku ingin menemaninya untuk makan lolipop itu. Sekali jilat,
dia memandangku sambil mengucapkan terima kasih. Aku perhatikan dia sambil
membuat kiraan sendiri. Kukira, baru jilatan yang keempat, budak lelaki itu
menggelupur tidak sedarkan diri. Kuangkat dia ,kuletakkan di van biruku. Maaf budak,
semalam aku racun yang kuletak itu, terlebih dos. Selalunya 10-15 jilatan
barulah budak-budak sebelum ini, tidak sedarkan diri. Racun itu diletakkan
dipermukaan lollipop bertujuan untuk melemahkan pernafasan serta merencatkan
keupayaan otak. Ini kupelajari ketika disekolah dahulu.
“Kring..kring..”
Panggilang
dari bos besar merencatkan memoriku. Ringkas, dia memberikan alamat dimana
patut kuhantar budak yang sedang nyawa-nyawa ikan itu. Kubungkus dia dengan
guni hidup-hidup. Aku menuju kearah TV untuk menutup suis, namun, masih sempat
telingaku menangkap berita Jam 9 yang sampaikan tentang kehilangan budak lelaki
berusia 6 tahun. Aku senyum sedikit, lalu, menutup suis TV. Ada kerja yang
masih perlu diselesaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)