Saturday, 30 March 2013

CERPEN : Kerana aku sem 8


“ Kau punya gaya, walaupun tak kaya,
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja.”

“Adoii, Najwa kenapalah kau nyanyi time-time aku mimpi best ni!” Rungutku. Aku rasa macam baru 3 saat aku lelapkan mata. Aku toleh ke arah jam. Pukul 9.55 pagi ! Aku bingkas bangun. Mencerna maklumat yang tergendala ketika tidur tadi. Ya,Allah! Kelas aku pukul 10! Aku menjerit didalam hati. Sudahlah, dah la kelas Dr Kamal, masak aku kena dalam lecture nanti. Mindanya mula teringat-ingat bagaimana Shah, rakan sekuliahnya, diperli teruk oleh Dr Kamal. Niat di hati nak ponteng, tapi, hari ni test. Aku tanpa berlengah terus masuk ke bilik air. Aku tak mandi. Sekadar gosok gigi sahaja.

Apabila masuk ke dalam bilik, baru aku teringat yang aku tak iron baju kurung lagi. Dr Kamal dah la tak suka pelajarnya memakai baju selain baju kurung. Dia terus menghamburkan seisi almari mencari baju kurung yang paling kurang kedut yakni yang tak perlu di seterika lagi. Hanya sehelai baju kurung yang tinggal. Baru aku teringat yang aku telah menyimpan seminggu stok baju yang belum dibasuh. Aku menepuk dahi. Dah lah baju tu kedut gila. Aku tak kisah yang penting aku sampai ke kelas sebelum Dr Kamal. Didalam hati, aku meminta supaya pagi ini Dr Kamal sakit perut, supaya dia lewat masuk ke kelas hari ni.

Dengan wajah yang sembab, aku terus memecutkan MyVi pemberian abah untukku. Aku berusaha membawa selaju yang mungkin. Sampai separuh jalan, aku terlupa yang aku tak membawa beg. Aku tepuk dahi lagi. Time-time macam nilah yang aku lupa semua benda ni. Aku terpaksa berpatah balik. Bila sampai dirumah, kunci rumah pula entah kemana perginya. Aku yakin aku bawa kerana aku kunci pintu tadi. Jam dah menunjukkan pukul 10.10 minit. Barulah kunci tu aku nampak di celahan kerusi penumpang. Hati aku rasa membara ja. Tapi aku tak ada masa untuk marah. Aku terus mengambil barang yang tertinggal tadi dan keluar memandu ke kelas semula. Nasib baik aku ada kereta.

Dia memecut laju keretanya. Sampai di pondok Pak Guard, aku ditahan. Allah, apa pulak ni! Aku membentak dalam hati.

“ Adik ni, nak pergi kelas ke pergi lumba, meh sini kad matrik?” tanya pengawal tersebut.

 Eh, aku tengah-tengah lewat ni buatlawak pulak. Tangannya sibuk menulis-nulis di atas surat saman tersebut. Aku menerima saman itu tanpa cakap banyak. 10.15pagi. Oh memang laju aku bawak!

Setelah dapatkan parking, aku terus ke pintu lif. Kelas aku tingkat 5! Bisikku yang cuba mencanai kembali kedudukan kelas ku.

LIF ROSAK SILA GUNAKAN TANGGA.

Aku terasa seperti ingin histeria saja kat depan lif ni. Nasib baiklah aku masih waras. Aku gagahkan juga femur-femurku melangkah ketangga yang melangit tinggi. Aku naikkan tahap kelajuan larian aku. Sampai di tingkat 4, kaki kau tersadung kain baju kurung kedut itu. Bergolek-golek aku jatuh. Budak-budak yang lalu lalang kat situ terperanjat melihat nangka nan sebiji ini bergolek. Mereka ingin memapah aku. Namun aku menolak, aku betul-betul terlewat. Lewat tahap dewa ni. 

Aku pun berusaha naik juga pada sisa-sisa tangga yang terakhir sebelum sampai ke tingkat 5. Airmataku berlinang. Bukan kerana sakit, tetapi sedih mengenangkan nasib aku pagi rabu ini. Bila aku melangkah depan bilik kuliah, aku melangkah dengan perasaan yang redha. Sesampainya aku dihadapan pintu kuliah, semua mata memandang ke arahku dengan wajah yang bengis. Aku jadi takut. Mereka seolah-olah ingin menerpa aku. Aku pelik dengan perangai budak-budak kuliah aku. Kenapa mereka marah benar aku terlewat ni? Kalau dr Kamal sahaja yang angin, aku faham. Ni satu kuliah angina dengan aku ni dah kenapa?

Aku berlari keluar meninggalkan mereka yang sedang mengejarku. Elok-elok sahaja aku ingin sampai ke tangga, tiba-tiba budak-budak yang tak ada kena-mengena dengan kuliah aku turut mengejarku. Aku rasa terperangkap. Aku menjerit, tak tahu nak buat apa.


Pipiku rasa ditampar-tampar. Pedih. “Oi, cik adik, tu lah tidur lagi lepas asar. Kena sampuk tak pasal-pasal. Isy, dengan kertas tesis kau, tutorial, lab report berselerak atas katil ni. Orang lain pun sem 8 jugak weh, tapi tak adalah macam orang hilang akal je ” Roomate aku membebel bagai mak nenek.

Astaghfirullah… aku mimpi!

# semua sem boleh baca cerpen ni... spy jd teladan ~ JgN TiDo LePaS AsAr~

No comments:

Post a Comment