Aku
hanyalah seorang gadis biasa. Kehidupanku juga biasa, seperti gadis-gadis yang
lain. Namun begitu, tiada yang tahu kelebihan yang aku ada. Aku boleh melihat
bayangan sebuah kematian. Pelikkan? Mesti orang diluar sana beranggapan
kebolehan itu satu perkara yang hebat. Namun tidak bagi aku. Kalau bayangan
yang menjelma itu cantik macam model baju, tidak apalah. Kalau sekacak Johnny
Depp, aku suka. Tetapi, bayangan yang keluar itu berkeadaan yang mengerikan,
penuh darah, mata tersembul. Jelmaan itu kebanyakannya muncul apabila aku
terlihat cermin. Mana-mana cermin. Dan sejurus selepas itu aku akan mendengar
berita kematian mereka. Menakutkan.
Sebenarnya
bayangan yang aku dapat ini bukanlah sejak dari kecil.semuanya bermula apabila
aku tersesat ketika berkhemah sewaktu di tingkatan 4. Pada suatu malam, ketika
aktiviti night walk dijalankan, kami telah diasingkan. Kami dikehendaki untuk
berada seorang diri di satu kawasan yang sunyi. Suasana malam di kawasan kelapa
sawit itu sangat sunyi. Sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi burung yang
bersahut-sahutan. Sekali-sekala diselang selikan dengan bunyi rumput dan lalang
bergeser sesame sendiri. Aku yang berada agak jauh dari ahli kumpulan yang lain
berasa sangat takut. Aku diam sendiri.
Dalam
10 minit aku berada disitu, aku merasakan seperti ada sesuatu mengusap-usap
mataku yang kebetulan sengaja aku pejamkan supaya tidak nampak apa-apa yang
tidak diingini. Tangan yang menyentuh kelopak mataku mengusap lembut sambil aku
mendengar kalimat-kalimat seakan-akan berbisik sesuatu yang tidak kufahami. Aku
ingin lari. Aku susun strategi sendiri. Tanpa membuka mataku, aku terus berlari
laju walaupun aku sendiri tidak pasti jalan mana yang ingin ku tuju.
Sesampainya aku ditapak kem, mereka yang lain terkejut melihat aku berlari
sambil terjerit-jerit. Aku histeria. Beberapa minit selepas itu , aku mulai
pulih dengan bantuan seorang senior yang pandai tentang perubatan alternatif
ini.
Ku
rasa sejak daripada peristiwa itulah pelbagai jenis bayangan muncul tanpa
diundang. Aku masih ingat , kali pertama bayangan itu muncul ketika aku sedang
sibuk membeli- belah beberapa bulan selepas kejadian di kem tersebut. Aku ke
salon rambut bersama Kak Zaza. Ketika berada di salon, aku terpandang pada
cermin. Tahu apa yang aku nampak? Aku nampak wanita yang sedang mendandan
rambutku, berada dalam keadaan yang mengerikan. Bahagian tangan kanannya
hancur, hingga mengeluarkan darah segar. Kepalanya terbelah menampakkan otak
yang berkuit-kuit. Aku hampir menjerit. Namun , aku beranikan diri memandang
wajah wanita yang mendandan rambutku. Diluar cermin, dia kelihatan seperti
biasa,namun apabila aku memandang imejnya melalui cermin, bayangan buruk itu
masih tetap berada disitu merenungku. Belum sempat selesai mendandan, aku terus
lari keluar daripada salon tersebut.
Beberapa
hari selepas itu, wanita tersebut dijumpai mati dilanggar lori besi betul-betul
berhampiran salonnya. Secara tidak sengaja, aku berada ditempat kejadian. Ku
lihat, mayat wanita tersebut memang mengerikan. Sama seperti imej yang aku
lihat dalam cermin tempoh hari. Selepas kejadian itu, hampir seminggu aku demam
kerana terkejut. Sejak dari kejadian itu, aku sering terlihat gambaran yang
menakutkan apabila aku terpandang sesuatu yang boleh memantulkan imej. Sejak
dari itu juga aku selalu mengelakkan diri daripada melihat cermin dikhalayak
ramai. Jika aku ingin lihat pun aku akan pastikan tiada siapa yang ada
bersamaku pada ketika itu. Pada mulnya aku tidak memberitahu sesiapapun tentang
kejadian tersebut kerana aku takut mereka menuduh aku mengada-adakan cerita.
Kisah itu kemas dalam bungkusan mindaku ini. Namun lama-kelamaan ianya
menjadikan hidupku berserabut. Aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada
matapelajaran kerana asyik teringatkan bayangan yang menakutkan.
Keluargaku
tekad membawaku ke perubatan alternatif. Aku dibawa berjumpa dengan seorang
ustaz yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang-bidag mistik sepertimana
yang aku alami. Alhamdulillah, perubatan yang memakan masa selama sebulan itu,
membuahkan hasil yang memberansangkan. Aku tidak lagi melihat perkara –perkara
yang tidak diingini. Hidupku normal seperti biasa.
Sehinggalah
usiaku menganjak ke 22 tahun perkara itu berulang kembali. Satu peristiwa yang
aku tak dapat lupakan adalah apabila aku ternampak bayangan imej tukang cuci
dicermin tandas yang tergantung disiling dalam keadaan yang menyayat hati.
Matanya terbeliak menandakan kesakitan yang teramat sangat manakala janinnya
terkeluar daripada perut. Sedangkan pada imej luar cermin aku lihat tukang cuci
yang sedang mengandung itu, sedang membersihkan tandas walaupun mukanya tampak
murung.
Seperti
yang sudah aku jangkakan, seminggu selepas itu, satu universiti gempar dengan
penemuan seorang mayat wanita yang tergantung di siling tandas. Keadaannya
mengerikan. Matanya tersembul keluar serta janinnya juga terkeluar daripada
rahim. Menurut sumber yang aku dengar , tukang cuci tersebut telah mengantung
dirinya sendiri kerana tdak tahan dengan tekanan hidupnya yang sukar. Aku
bingung. Aku jadi menggelabah kerana takut penyakit lamaku datang kembali.
Seharian aku hanya berada didalam bilik memikirkan kejadian tukang cuci
tersebut.
Azam,
tunangku menefon untuk keluar makan dikafe. Ku tolak mentah-mentah. Aku tidak
berselera. Beberapa kali dia mengajakku namun peristiwa tempoh hari masih segar
dalam ingatan. Hilang mood ku untuk menjamah apa-apa pun. Aku tekad untuk
memberitahu ibu dan ayahku apabila pulang cuti semester nanti.
Tut..tut..
Azam
menelefon. Malasnya, bisik hati kecilku.
“
Assalamualaikum Sha, jom keluar makan?” Jemput Azam sopan.
“
Waalaikumsalam, kan Sha dah cakap Sha tak ada selera. Azam makanlah.” Ujarku
geram.
“
Tak sayang Azam ke? Tak apalah orang tak sudi.” Merajuk pula mamat ni. Ah
biarlah. Aku lagi runsing memikirkan masalah aku ni.
Keesokan
harinya , ketika keluar daripada dewan kuliah, ku dengar Azam memanggil-manggil
namaku. Langkahku terhenti. Kulihat Azam berlari-lari anak sambil membawa
sekotak coklat. Barangkali untukku. Namun ada sesuatu yang mengejutkan aku.
Kulihat imej Azam pada cermin dinding dewan kuliah mengerikan. Tangan kirinya
terputus. Mukanya juga hampir tidak kukenali. Hancur. Terus aku menangis disitu
juga. Tak mungkin!
Azam
yang tadinya sudah berada dihadapanku pelik melihat tingkah laku ku. Aku tidak
tahu bagaimana caranya untuk aku memberitahu Azam tentang apa yang aku lihat
kerana selama ini cerita tentang kebolehanku melihat bayangan maut itu tidak
pernah aku ceritakan kepadanya. Aku jadi marah sendiri. Semua mata yang keluar
daripada dewan kuliah itu memandangku kerana tangisanku yang kuat. Azam juga
jadi takut. Lalu dia membawaku ke tempat yang lebih tenang.
“
Jangan tinggalkan Sha,Azam. Please…”
“
Kenapa ni Sha? Azam kat sini ha..okay stop it. Sudah-sudah.”
Azam tak faham. Aku tak mahu kehilangannya.
Aku cintakan dia. Tambahan pula tidak lama lagi kami akan berkahwin. Bayangan
itu membuatkan segala impianku hancur berderai.
Sejak
daripada peristiwa aku melihat bayangan maut tunangku sendiri, aku jadi seperti
orang gila. Setiap masa kalau boleh, aku ingin berada disamping Azam. Dalam
sehari aku menelefonnya beberapa kali untuk memastikan keadaannya. Aku minta
Azam memberitahu aku kemana sahaja yang dia pergi. Azam sendiri pelik dengan
aku. Sebelum ini, aku yang susah menelefonnya. Kalau adapun hal-hal yang
berkaitan dengan majlis kami. Aku dan dia sibuk di universiti. Jadi kami
bukanlah pasangan yang sentiasa berkepit 24 jam. Bila Azam bertanya, aku diam
seribu bahasa.
Sebulan
berlalu, kulihat, Azam masih disisiku. Selalunya, orang yang kulihat pada imej
itu akan mati, paling lama dalam seminggu setelah kulihat imej mereka. Aku
menganalisis sendiri. Namun begitu aku tetap memerhatikan Azam, walaupun hatiku
sedikit lega. Aku berharap sekurang-kurangnya izinkanlah aku berada lebih lama
dengannya.
Panas
kusangka hingga kepetang , kiranya hujan ditengah hari. Perkhabaran yang
membuatkan aku hilang separuh daripada diriku itu akhirnya sampai
kependengaranku. Sungguh aku tidak menyangka bahawa orang yang kucintai pergi
jua. Tambah aku sesalkan kerana aku sudah mendapatkan petunjuk itu namun aku
lalai. Berita kematian Azam yang telah disampaikan oleh Sarah memang
memeranjatkan. Denyut nadi ibarat terhenti. Air mata menitis tanpa satu suara
pun aku keluarkan.
Kata
Lukman, kawan baik Azam, dia ingin ke kedai untuk membeli sesuatu buatku.
Lukman kata , dia risau melihat keadaanku yang pelik dari biasa. Azam membeli
sebuah hadiah kepadaku supaya aku gembira semula. Namun Tuhan lebih sayangkan
dia. Menurut Lukman, ketika sampai disatu selekoh, sebuah treler telah
melanggar Azam menyebabkan tangan kirinya putus dan sebahagian daripada mukanya
hancur. Betul-betul seperti yang aku nampak didalam cermin itu.
Selepas
kematian Azam, aku tertekan. Semua cermin yang ada di dalam bilik, aku buang
keluar. Cermin itu celaka. Kalau tidak kerana cermin itu, aku tak kehilangan
tunangku.fikiranku diluar kotak kewarasan. Aku lupa yang ajal dan maut itu
kerja Tuhan. Sedangkan cermin itu adalah satu medium untuk aku memperingatkan
diri ini betapa mati itu pasti dan semakin hampir.
Seminggu
lamanya, aku seperti orang yang tidak mampu uruskan diri. Abaikan makan dan
minum. Mandi tak tentu. Tidur tak lena. Kini, aku mengambil keputusan untuk
menangguh pelajaranku di universiti.
Mama
dan papa membawaku jauh dari KL. Mereka ingin mencari ketenangan buatku. Bila
sampai di rumah Nek Jah, aku terus dibawa masuk kebilik. Aku hanya mengikut
rentak mereka. Tanpa rasa apa-apa. Baju kurung putih yang kupakai pun mama yang
sarungkan. Rambut,kubiarkan lepas ke paras bahu. Dibilik yang Nek Jah telah
sediakan aku duduk dibirai katil sementara mama dan papa berada diluar berborak
panjang dengan Nek Jah.
Aku
terpandang sesuatu yang sudah lama aku tak pandang. Sesuatu yang selalu aku
elak daripada memandangnya. Cermin! Aku terkejut melihat imej dicermin itu.
Seorang wanita sebaya denganku. Kulihatnya dari bawah memakai baju kurung
putih. Rambutnya paras bahu. Mataku tertancap ke bibirnya yang kebiruan.
Kulitnya juga kulihat putih. Pucat. Ku renung mukanya….
Ya
Allah! Wajahku. Aku terkejut. Sungguh terkejut. Kusentuh cermin itu. Memang
aku. Cuma imejku pucat sedikit. Adakah aku akan… Aku rasa duniaku berputar.
Pandangan mataku gelap. Aku ingin memanggil mama dan papa. Aku tak mampu. Terus
sejurus selepas itu, aku rebah.