Saturday, 14 December 2013

C.E.R.P.E.N : Kerana nasi kerabu




Aku seorang lelaki normal. Aku akui memang aku normal. Aku punya naluri untuk dicintai dan mencintai. Mungkin atas pengalaman masa lalu, aku trauma a.k.a fobia dengan 1 kewajipan ni iaitu perkahwinan. Tak perlulah kot aku ceritakan kenapa aku fobia. Biarlah rahsia gitu.

Dulu, bila mama dan abah bukak intro pasal bab kawin aku terus lari. Start motor aku g main futsal ke main ngan kucing ke. Bila kawan-kawan sekerja aku kenen-kenenkan aku dengan anak mak cik mana-mana tah aku pun terus buat tak dengar dan blah macam tu je. Aku bukan tak ada duit, aku dah ada kereta, kerja tetap, rumah, cuma aku tak boleh dengar perkataan kawin. Bila dengar saja aku rasa nak pitam.

Sehinggalah aku bertemu dengan seorang gadis ni (isteri aku sekarang). Mula-mula aku tak ambil kisah pun tentang budak perempuan seorang ni. Dia rakan sekerja aku. Baru. Fresh graduate la katakan. Waktu tu aku dah menjangkau 28 tahun dan budak tu baru saja 24. Budak perempuan itu biasa-biasa saja. Tak cantik sangat cuma dia agak cute dan sedap mata memandang. Serius aku tak ambil pot langsung pasal budak perempuan tu. Dia pun tak begitu nak bersembang dengan sesiapa termasuklah aku.

Bila dah ada anak dara baru masuk kerja, mulalah akak-akak sekerja aku nak kenenkan. Macam biasa aku lari pecut 4x 100. Malas aku nak peduli. Aku rasa sebagai lelaki 28 tahun tu muda lagi kot. Sampai satu hari, tempat kerja aku buat jamuan raya. Aku? Aku tukang habiskan je. Tiba-tiba aku terpandang nasi kerabu yang merupakan nasi kegemaran aku. Aku pun apa lagi. Aku sambar makanan tu malah bertambah-tambah. Dah kenyang barulah aku tanya siapa yang masak nasi kerabu yang sedap tu.

“ Si Shila tu la. Budak baru tu.” Jawab Kak Nab.

Mesti korang pelik kan benda sesimple nasi kerabu tu betul-betul membuka pintu hati aku. Dah jodoh kan. Tukang buka dan tutup hati ni Allah lah jua. Lepas tu bila aku pandang budak perempuan tu aku jadi tak keruan. Tak tengok salah, tengok pun salah. Nak-nak pula bila aku tengok dia sangat baik dengan budak-budak kecil waktu hari sukan tempat kerja aku. Aku dah la suka budak-budak kecil.

Sekarang, budak tu sekarang dah pun menjadi isteri aku. Alhamdulillah fobia perkahwinan tu mula hilang dan yang datang hanyalah bahagia. Walaupun dia tak lah secantik atau tak se’hot’ kenangan lama tapi dia mampu buat nasi kerabu untuk aku tiap-tiap minggu.




Thursday, 21 November 2013

C.E.R.P.E.N : 'Resume' untuk bakal suami






“ Suatu hari nanti, aku mesti  kawin dengan Dr Shah ni!” seru Raihana dengan penuh keyakinan.
“ Kalau kau dapatlah pensyarah yang terkacak di universiti ni, aku belanja kau 3 bulan berturut-turut, beb!” ujar Suzi. Dia memang yakin 100% yang Raihana tidak mampu memiliki Dr Shah kerana lelaki itu bukan calang-calang orang boleh dekati. Dia juga yakin yang Raihana dan Dr Shah langsung tak sepadan, boleh dikatakan seperti planet Pluto dan Matahari jaraknya. Masakan tidak, Raihana orangnya agak kurang menjaga penampilan, paling malas nak iron baju, lagaknya juga kadang-kala tak senonoh dipandang mata walaupun sebenarnya Rihana ini memiliki wajah yang cute, ‘Ugly but adoreble’. Sementara Dr Shah pula, lelaki yan stylo milo,bukan sahaja baik dari segi penampilan malahan , baik pendidikan dan tingkahlaku. Jauh benar dengan Raihana yang merangkak-rangkak nak mengambil diploma.

Setiap kali Dr Shah masuk ke dewan kuliah, Raihana selalu bersemangat, kadang-kala dia sengaja mencari ‘point’ untuk bertanya tentang itu dan ini. Soalan bodoh-bodoh alang pun keluar asalkan dia dapat bercakap dengan pensyarah bujang itu.

“ Kau rasa la beb, Dr Shah dah suka kat aku ke belum?” tanya Raihana ketika mereka berdua berjalan pulang dari kafe.

“ Hahaha.. Kau nak aku cakap jujur ke tipu?” Suzi mengenakan Raihana serta menghambur tawa yang paling kuat yang pernah dia keluarkan seumur hidupnya. “ Dah la Cik Ana oi, Wake up beb! Dr Shah tu tengok kita cam adik-adik dia kot, kalau kau suka lebih-lebih, kang tak dapat frust menonggeng beb!” nasihat Suzi. Walaupun dia merupakan pengkritik tetap perhubungan Raihana dan Dr Shah, namundia tak akan sampai hati membiarkan Raihana mencapai hasrat yang pasti tak kesampaian.

Raihana merangka strategi. Dr Shah mesti menjadi suaminya. Dia menyukai lelaki itu bukan hanya pada paras dan rupa, tetapi, atas keyakinannya pada lelaki itu dapat menjaga dirinya sebagai wanita. Dia telah menjalankan beberapa langkah awal untuk menawan hati Dr Shah. Hari lahir Dr Shah, hadiah yang berupa baju t-shirt yang dibeli dengan biasiswanya. Dia sangat teruja apabila Dr Shah menyarungkan baju itu ketika kuliah malam. Dia juga pernah menjadi sukarela menolong Dr Shah menyediakan dan mencari jurnal-jurnal ilmiah untuk projeknya.  Setelah beberapa plan strategi ( gila terancang kau Raihana), akhirnya dia mengorak langkah yang lebih ekstrem.  Esok perlu terlaksana. Tak dapat tidak, kau tak pelu menoleh lagi, Raihana, gumamnya dalam hati.

Tok..tok..tok…

“Masuk” Kedengaran suara Dr Shah dari dalam bilik. Dengan lafaz Bismillah, Raihana membuka pintu bilik tersebut dengan penuh sopan santu ala-ala perempuan melayu terakhir (walhal maknya pernah melabel Raihana sebagai anak gadis yang macho).
“ Oh , Raihana. Sila duduk.” Ujar Dr Shah sebaik sahaja melihat wajah pelajarnya itu. “ Ada apa?” tanya Dr Shah sopan. Dr Shah perasan sejak kebelakangan ini, Raihana ringan tulang membantunya. Dia suka melihat Raihana yang pada matanya baik.
“ Saya nak bagi resume.” Raihana menjawab. Ringkas.
“Resume?”
Gadis itu mengangguk. Dia melihat wajah anak gadis itu merah. Eh, aku ada bagi assignment suruh buat resume ke, Dr Shah bertanya dalam hati. Dia secara perlahan-lahan membuka resume. Barangkali dia nak aku perbetulkan resume dia kot, ujarnya lagi. Berteka –teki sendiri.


RESUME                                                          Description: Description: http://portal2.upsi.edu.my/servlet/ImagePhoto?imageid=D20091034852&type=2

                                                               
                                                                                               
RAIHANA BINTI JAAFAR


OBJEKTIF
MENJADI ISTERI DIDUNIA DAN BIDADARI DISYURGA KEPADA SHAHREZA BIN SULAIMAN                                                 

MAKLUMAT PERIBADI

NAME                    : RAIHANA BINTI JAAFAR
IC  NO                    : *******
H / P NO                 : ****
POSTAL ADDRESS             : KULAI,JOHOR
FIELD OF STUDY                : DIPLOMA PENULISAN KREATIF


KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN

1.        BOLEH MEMASAK (BELUM BEGITU MAHIR TAPI AKAN DIBAIKI)
2.        BOLEH MENGEMAS RUMAH DENGAN BAIK
3.        BOLEH MENJADI TEMAN , SAHABAT DAN KAWAN YANG SETIA
4.        BOLEH MENJADI IBU YANG PENYAYANG
                       5.        BOLEH MENJADI ISTERI YANG SOLEH



          Raihana berdebar menanti reaksi Dr Shah. Tak lama selepas itu, mata keduanya bertaut. Senyuman masing-masing mula bertemu. Dr Shah mengambil cop.

“ Permohonan anda diluluskan”