Friday, 18 March 2011

ALLAH iTu mAhA aDiL...

Assalamualaikum Guys.. (kecek omputih kit)

Kelmarin merupakan hari yg bz yg amat tahap dewa ke 18 r, nasib x 19, kalau x.. lagi trok.. penat + letih + lelah+ asma semuanya bercampur, tp pg kelmarin, aku bjumpa ngn buah hati pengarang jntungku..(siapa?? rahsia..) pembukaan hari yg sgt istemewa.. i likee... best kot.. kembang semua organ2 dlm bdn aku.. selepas berbabai2 ngn pak cik 2... aku pn trus la g kelas.. tgu bas dlu..(pak cik 2 nek moto..aku xdek moto..).. elok2 je mood nak baik.. dh ada cipan darat mn tah mengyepoilkn semuanya..bnda yg mmbuatkan aku bengkek gila babai bila time beratur nk nek bas.. bila org potong line, org len pnya lama n pjg beratur, ang sng2 je cilok.. woi..mak bapak ang x ajaq r??? lepas 2 keluarla pktaan yg xbaik dr mulut aku nih.. aku xpedulik pn dia dgq ke x.. LANTAK Lu la.. mmg la cg pesen hapa xtw..perangai mcm beruk mak yeh... Lpas 2, aku pn nek bas  n tenangkan la hati aku yg mbara nie.. haish...


Lpas kelas 4 jam.. aku terkejar2 plak cari cop pengetua kolej terchenta, carik kt kolej xdek, carik kt kampus pn xdek.. heran aku..dh la panas nk mati.. cari punya cari, baru la aku tw bahawasanya dia cuti.. habis lemak2 yg aku simpan utk musim sejuk nie.. tp xpa la dh keje aku..aku redha...



tut..tut.. da org kol, sruh aku mtk cop.. ok fine.. aku pn g la pjbt dlm keadaan yg blur n mamai..(br bangkit tdoq..).. aku msuk pjbt diam xkata pa.. tjk borang mtk cop gna bhs isyarat jer.. lpas 2 kak long opis 2 kata kt aku, ko xley ckp ke..( dgn muka yg xpuas ati gila..) aku mmg xley wt keluar sora time 2.. aku pn xtw pasaipa... aku senyum je la.. (malas nk gaduh ngn org tua).. ikot ang la nk maki ka pa, jnji, aku dpt cop sudaa.. 

Lpas 2 nek bilik prepare mitin kol 8, n mitin kol 10 lak.. gila ang.. 2 miting pd 1 mlm.. ( pdana menteri pn ada jadual elok).. tp nk wt cmna.. org pcy kt kita, susah ke sng ke kna la wt ngn hati yg ikhlas.. (walau dlm hati mnangis)... bila kol 8..aku pn tgu bas..smbil mkn mknn yg kwn aku belikn.. elok2 nk nek bas, pak cik bas kata kt aku, ' kalau nk mkn bersantai2 atas bas.. xpyh naik..' gila laser.. aku pn perabih mknn 2.. pak cik, kalau ang ckp elok2 pn aku leh wt la.. cuba ada bhs sket bila ckp ke tguq org ke, ni main nak marah jer.. aku pn mls nk pjg2 kn crita..(lgpn tua nyanyuk mmg gitu..ha..kn..aku dh maki).. aku mls nk gaduh ngn ang pak cik, st g sakit jntung plak kna maki ngn aku..

ha.. bila balik miting.. aku smpat lg bjmpa ngn uncle ditgh keheningan malam.. seronotnya... apa yg aku nk story adalah..bila ALLAH bukak hari kita dgn kegembiraan, lepas 2 spjg hari kna maki ngn org.. tp ALLAH ITU ADIL, Dia tutup hari aku dgn kegembiraan bjumpa dgn pak cik RAHSIA 2... hahaha... I Luv ALLAH, I LuV Islam.. n i LUv ......

tetiba rs nk kongsi fadhilat solat dhuha.. 
jom kita tgk n amalkan ..(sng jer kot)

SOLAT DHUHA…


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya :
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :
“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
Maksudnya : ” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”


Wasalam

No comments:

Post a Comment