“ Suatu
hari nanti, aku mesti kawin dengan Dr
Shah ni!” seru Raihana dengan penuh keyakinan.
“ Kalau
kau dapatlah pensyarah yang terkacak di universiti ni, aku belanja kau 3 bulan
berturut-turut, beb!” ujar Suzi. Dia memang yakin 100% yang Raihana tidak mampu
memiliki Dr Shah kerana lelaki itu bukan calang-calang orang boleh dekati. Dia
juga yakin yang Raihana dan Dr Shah langsung tak sepadan, boleh dikatakan
seperti planet Pluto dan Matahari jaraknya. Masakan tidak, Raihana orangnya
agak kurang menjaga penampilan, paling malas nak iron baju, lagaknya juga
kadang-kala tak senonoh dipandang mata walaupun sebenarnya Rihana ini memiliki
wajah yang cute, ‘Ugly but adoreble’. Sementara Dr Shah pula, lelaki yan stylo
milo,bukan sahaja baik dari segi penampilan malahan , baik pendidikan dan
tingkahlaku. Jauh benar dengan Raihana yang merangkak-rangkak nak mengambil
diploma.
Setiap kali
Dr Shah masuk ke dewan kuliah, Raihana selalu bersemangat, kadang-kala dia
sengaja mencari ‘point’ untuk bertanya tentang itu dan ini. Soalan bodoh-bodoh
alang pun keluar asalkan dia dapat bercakap dengan pensyarah bujang itu.
“ Kau
rasa la beb, Dr Shah dah suka kat aku ke belum?” tanya Raihana ketika mereka
berdua berjalan pulang dari kafe.
“
Hahaha.. Kau nak aku cakap jujur ke tipu?” Suzi mengenakan Raihana serta
menghambur tawa yang paling kuat yang pernah dia keluarkan seumur hidupnya. “
Dah la Cik Ana oi, Wake up beb! Dr Shah tu tengok kita cam adik-adik dia kot,
kalau kau suka lebih-lebih, kang tak dapat frust menonggeng beb!” nasihat Suzi.
Walaupun dia merupakan pengkritik tetap perhubungan Raihana dan Dr Shah,
namundia tak akan sampai hati membiarkan Raihana mencapai hasrat yang pasti tak
kesampaian.
Raihana
merangka strategi. Dr Shah mesti menjadi suaminya. Dia menyukai lelaki itu
bukan hanya pada paras dan rupa, tetapi, atas keyakinannya pada lelaki itu
dapat menjaga dirinya sebagai wanita. Dia telah menjalankan beberapa langkah
awal untuk menawan hati Dr Shah. Hari lahir Dr Shah, hadiah yang berupa baju
t-shirt yang dibeli dengan biasiswanya. Dia sangat teruja apabila Dr Shah
menyarungkan baju itu ketika kuliah malam. Dia juga pernah menjadi sukarela
menolong Dr Shah menyediakan dan mencari jurnal-jurnal ilmiah untuk
projeknya. Setelah beberapa plan
strategi ( gila terancang kau Raihana), akhirnya dia mengorak langkah yang
lebih ekstrem. Esok perlu terlaksana. Tak
dapat tidak, kau tak pelu menoleh lagi, Raihana, gumamnya dalam hati.
Tok..tok..tok…
“Masuk”
Kedengaran suara Dr Shah dari dalam bilik. Dengan lafaz Bismillah, Raihana
membuka pintu bilik tersebut dengan penuh sopan santu ala-ala perempuan melayu
terakhir (walhal maknya pernah melabel Raihana sebagai anak gadis yang macho).
“ Oh ,
Raihana. Sila duduk.” Ujar Dr Shah sebaik sahaja melihat wajah pelajarnya itu. “
Ada apa?” tanya Dr Shah sopan. Dr Shah perasan sejak kebelakangan ini, Raihana
ringan tulang membantunya. Dia suka melihat Raihana yang pada matanya baik.
“ Saya
nak bagi resume.” Raihana menjawab. Ringkas.
“Resume?”
Gadis
itu mengangguk. Dia melihat wajah anak gadis itu merah. Eh, aku ada bagi
assignment suruh buat resume ke, Dr Shah bertanya dalam hati. Dia secara
perlahan-lahan membuka resume. Barangkali dia nak aku perbetulkan resume dia
kot, ujarnya lagi. Berteka –teki sendiri.
RESUME
RAIHANA BINTI JAAFAR
OBJEKTIF
|
MENJADI ISTERI DIDUNIA DAN
BIDADARI DISYURGA KEPADA SHAHREZA BIN SULAIMAN
MAKLUMAT PERIBADI
|
NAME :
RAIHANA BINTI JAAFAR
IC NO : *******
H / P NO :
****
POSTAL ADDRESS :
KULAI,JOHOR
FIELD OF STUDY : DIPLOMA PENULISAN KREATIF
KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN
|
1.
BOLEH MEMASAK (BELUM BEGITU MAHIR TAPI AKAN DIBAIKI)
2.
BOLEH MENGEMAS RUMAH DENGAN BAIK
3.
BOLEH MENJADI TEMAN , SAHABAT DAN KAWAN YANG SETIA
4.
BOLEH MENJADI IBU YANG PENYAYANG
5.
BOLEH MENJADI ISTERI YANG SOLEH
Raihana berdebar
menanti reaksi Dr Shah. Tak lama selepas itu, mata keduanya bertaut. Senyuman masing-masing
mula bertemu. Dr Shah mengambil cop.
“ Permohonan anda diluluskan”