Moody sungguh aku pepagi ni. Malas kot nak pergi sekolah. Tapi
aku ni cg, tsgtlah awkward bila terdgr cg mls gi sekolah. Pagi2 lg aku dh cm
hilang ¾ drpd keikhlasan aku mengajar hari ni. Nak tak nak aku pn gigih la jgk
aku pi.
Sampai je kat sekolah, time punch card tu, terselit pulak
kena ganti kelas. Actually ngah jg periksa but nak tak nak kena jgk la. Sbb bak
kata cg2, kita ni Yang Menurut Perintah je. Baru je aku plan nak habiskan masa
aku ngn tgk video2 lawak yg menceriakan aku.
So bila masa tu sampai, aku pn pergi la ke kelas 1 Anggerik.
“ Pastikan anda mendapat kertas peperiksaan yg betul. Jgn lupa
tulis nama dan tingkatan.” Ayat tipikal manusia yg jg peperiksaan. Aku pn duduk
la kat belakang stlh memastikan semuanya berjalan dgn lancar. 2 jam beb kena
jg. Aku pn xtw nak wat apa 2 jam ni. Aku pn gi la buat2 rajin meronda-ronda
disekeliling kelas.
Aku duduk semula. Mengantuk. Aku lihat pelajar2 pn ada yg
mula lentok kan kepala ke meja. Aku teringat zaman dulu2. Aku rasa ¾ drpd masa
exam tu aku akan tidur. Nasib baik la tido2 pn jd cg jgk. Hahaha… * Statement
riak ni dtg dr Syaitoooon*
Aku pn tak boleh tahan tgk bdk2 ni. aku bercadang nak
lelapkan mata seminit dua. Aku tengok kearah jam sekilas. Pukul 9.00 pg… masih
ada 1 jam 30 minit lg sblm nak habis menjawab. Mata aku pn terus mengecil
sehinggakan aku x berapa nak sedar apa yang berlaku.
Ting!!!
Satu bunyi yg cukup mengejutkan aku dr lena. Aku lihat kelas
1 Anggerik kosong. Tiada satu pn pelajar yang ada dlm kelas itu. Aku menjeling kearah
jam. 9.15 pg. masih awal. Ahhh…sudah!!! Mana pulak budak2 ni pergi ni. Aku jd
takut. Masak aku kena marah ni. Aku lihat kelas sebelah, pelajarnya masih ralit
menjawab. Rasa takut, marah semua bercampur sebati. Aku cari pelajar2 1
Anggerik diserata sekolah. Dikantin, di tandas, di library semua tiada. Aku naik
semula ke kelas. Semasa aku melangkah masuk ke kelas, aku lihat kelibat salah
seorang pelajar 1 Anggerik melarikan diri dr aku.
“ Eh kamu!!! Berhenti!!!”
Dia berhenti namun cuma berhenti senyum sebelum menyambung
lariannnya. Aku mengejar bdk tersebut. Sampai aku tak Nampak pn longkang besar
di hadapan, lalu, aku jatuh. Yang aku perasan sebelum pandangan mata ini gelap,
kulihat mereka, pelajar2 1 Anggerik ketawa melihat aku terjatuh.
Ting!!!!
Aku terkejut. Bunyi tudung pen ku kira jatuh ke lantai. Aku buka
mata. Aku rasa penat. Aku lihat seluruh tubuhku. Seingat aku, tadi aku jatuh
longkang. Eh tapi, tiada 1 luka pn. Aku lihat pelajar 1 Anggerik menjawab
khusyuk. Aku jeling jam 9.15 tepat! Hairan!
Aku jd bingung. Mimpikah td? Aku menghela nafas pjg. Mata ini
ku arahkan kpd pelajar 1 Anggerik. Serentak dgn itu mata mereka, pelajar 1
Anggerik semua menatap kearahku dgn senyuman penuh misteri.
P/S : cerita ini terkeluar drpd neuron aku time jg periksa. Aku
seseje nak psiko diri spy aku x tertido time jg exam… *c u soon*