" Woit Lin, sudah-sudah la nengok Joe Sengal kau tu. Kau tak nak g kelas ke?" Salwa menegur. Setelah 2 tahun ber'roomate'kan Lin, dia arif benar dengan tabiat pelik kwnnya nan seorg tu. Pagi2 mencari motivasi belajar dengan tgk video Joe Sengal, pelawak yang mencipta nama dalam program realiti tv "Manusia Terlawak", paling tidak pun Lin akan melihat gambar2 terbaru di Instagram pelawak tersebut. Salwa menggeleng-gelengkan kepala.
" Hensemnyaaa..." Kata Lin tanpa menjawab pertanyaan Salwa.
" Parah dah kawan aku sorang ni. Meh sini aku pinangkan Joe Sengal tu utk kau." Salwa tersenyum.
*********************************************************************************
"Sal..Sal.. tunggu aku !" Lin menjerit memanggil Salwa daripada belakang. Dia terus berlari mengejar Salwa tanpa memperdulikan mata-mata yang memandang tingkahnya yang pelik itu.
" Kau ni... terpekik-pekik macam histeria ni kenapa? Malu aku lah budak-budak engineering tu tgk." kata Salwa.
" Aaahhh...kau nak malu apa... bukan kau bogel pun. Hahahaha." Lin ketawa menyindir. Lumrah bagi Lin , walaupun parasnya di kategorikan cun-melecun, namun, perangainya yang loklaq bak kata org kedah, menenggelamkan rupa-parasnya yang cantik itu.
"Kenapa? Nak belanja aku makan ke panggil-panggil aku beria ni?" Salwa menyoal.
"Confirmlah tak. Hahaha. Hari ni aku tak payah makan pun aku akan kenyang seminggu. Tahu sebab apa? Sebab ni ha... baca..baca" Lin menyuakan keratan akhbar kepada Salwa.
" Joe Senal masih single. Dia ingin fokus pada karier." Salwa membaca satu-persatu tulisan pada akhbar tersebut.
" Kau tengok Sal, dia tunggu aku , beb. Hahahahaha..." Berseri-seri muka Lin menyatakan kenyataan palsu tersebut.
" Euuww... Cik Lin... Sila sedar diri. Abg Joe kau tu artis. Terkenal. Mana naknya kat kau." Salwa memprovok. Lin tak menjawab, dengan muka selamba dia mengambil semula keratan akhbar tersebut lalu pergi meninggalkan Salwa. bagi Lin, kenyataan Salwa itu langsung tak meruntuhkan rasa minatnya terhadap Joe Sengal pelawak pujaan ramai.
*********************************************************************************
Salwa melihat Lin ralit menatap kertas-kertas assignmentnya berserta kalkulator ditepi. Sekali-sekala dia melihat rakannya itu menulis dihelaian kertas tersebut. Lepas itu, jari -jemarinya pantas menekan-nekan punat kalkulator. Laptop di hadapannya tersiar filem lakonan tak lain dan tak bukan Joe Sengalnya. Sampai hati kau , Lin, aku masuk bilik pun kau tak sedar sebab asyik sgt tgk jantan tu, bisik hati kecil Salwa.
" Lin, kau buat assignment ke, tgk movie?" Salwa menyindir. Dia sengaja mengambil kertas di hadapan Lin menutup skirin laptopnya.
" Kau ni kacaulah." Lin menjawab ringkas. Salwa mencebik. Dia terus menukar pakaian kuliahnya kepada baju t-shirt biasa.
"Sal, hujung minggu ni free x?" Lin bertnya.
"Free kot , kenapa?"
" Jom teman aku pergi tengok show Joe Sengal . Aku drive , dan yang paling penting, perjalanan dan makanan aku belanja. Nak tak?" Lin membuat tawaran.
" Serius?" Salwa ingin kepastian.
" Iye lah." Panjang lebar senyuman Lin. Umpannya mengena. Akhirnya setelah sekian lama hasrat ingin bertemu Joe Sengal telah hampir menjadi kenyataan.
" Ok, tak ada hal." Salwa terus bersetuju tanpa sebarang syarat.
*********************************************************************************
" Allah..!!!! " Lin menjerit. Riak wajahnya jelas menunjukkan rasa kesal yang amat sangat.
" Hah, kenapa? " Salwa menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.
" Hujung minggu ni lecturer aku buat test pulak. Aduh. Kan pihak U dah larang buat aktiviti time hujung minggu. Aduh ...potong la.." Lin membebel. Bila hujung minggu ada test maknanya Lin tak dapat menyertai show Joe Sengal tersebut. Walaupun dia boleh dikatakan peminat fanatik Joe Sengal, namun, dia tak akan sanggup menggadaikan pengajiannya semata-mata untuk ke show Joe Sengal.
Sepanjang minggu itu, Lin hilang mood. Sepatah yang Salwa tanya , setengah patah yag Lin jawab. Dia banyak berdiam diri sambil menonton video-video Joe Sengal. Salwa pening memikirkan cara nak menceriakan Lin. Walaupun dia kadang-kala rimas melihat Lin asyik dengan Joe Sengal , namun, dia tak betah melihat kawannya sedih begitu. Salwa teringat kata-kata Lin tempoh hari.
" Aku cuma nak satu peluang je untuk jumpa dan bercakap dengan Joe Sengal."
Salwa terdiam sambil berfikir........
*********************************************************************************
Cuti pertengahan semester bermula, Lin telah pun berada di kampungnya di Taiping , Perak. Bial dikampung , Lin sering menolong ibunya menyiapkan kuih-muhi yang dijual di kedai Mak Cik Jah. Ketika dia menolong ibunyalah dia banyak berkongsi cerita dengan ibunya nan seorang itu.
" Kau ni dah ada boy friend ke belum?" Mak Lin tiba-tuba menyoal.
" Eh mak ni.. tiba-tiba je tanya." Kata Lin sambil tangannya sibuk menggelek doh tepung untuk dibuat karipap kentang.
" Saja la nak tanya. Kat U kau tu tak da ke lelaki yang nak kat kat kau." Mak bertanya lagi.
Lin berdiam diri. Ada, jawabnya dalam hati. Din, budak architecture, Amran , bakal cikgu , malahan Encik Zul , pensyarahnya juga pernah menyuarakan hasrat hatinya kepada Lin. Namun, Lin menolak baik. Hati dia hanya pada Joe Sengal. walaupun dia tahu yang impiannya itu ibarat menunggu kucing bertanduk. Mustahil.
" Kenapa diam?" Mak menyoal. " Kalau kau tak ada calon, mak nak bagi je kau kat anak Pak Lebai Saad tu. Anak dia tu cikgu, sama dengan kamu. Senang hati mak." Ujar Mak lagi.
" Ada mak." Lin menjawab sepatah. Dia tak berapa berkenan pada Jamal , anak Pak Lebai Saad tu, orangnya berisi, Nampak lurus bendul sahaja.
" Siapa? " Mak pantas memotong.
" Tu... " Lin memuncungkan mulut ke arah peti televisyen. Kebetulan iklan yang dilakonkan oleh Joe Sengal tersiar ketika ini. Hatinya melonjak gembira. Oh petanda ni. Jodoh ..Jodoh.. Bisik hatinya.
Dia lihat mak mencebik. Dia tahu mak ingat dia main-main. Memang betul mak, Joe Sengal tu bakal menantu mak, kata Lin. Namun kata-kata itu hanya bermain di dalam hati kecilnya.
*********************************************************************************
Pejam celik pejam celik Lin dan Salwa sudah di dalam kolej kediamannya. Terasa cuti pertengahan semester ibarat sekali menarik nafas pantasnya. Lepas ni bermulalah episod menghadiri kuliah, hantar assignment yanga masih berbaki, kerja-kerja persatuan dan sebagainya.
" Minggu ni last kan kena hantar assingnment Physical Chem kan, so minggu depan aku nak ajak aku enjoy. Jom turun KL." Kata Salwa.
" Aah eh, betul jugak. Boleh lah. Aku pun dah kematu jari asyik pegang kalkulator je." Lin bersetuju.
" Ok , set !"
*********************************************************************************
Salwa , Lin dan 2 orang lagi kawan baik mereka berjalan beriringan ke Berjaya Times Square. Ini merupakan salah satu tempat favourite mereka bila keluar berjalan-jalan melepaskan stress belajar. Mereka singgah di satu restoren yang agak ekslusif berdekatan shopping mall tersebut.
Masuk sahaja ke restoren tersebut, Lin boleh membayangkan harga setiap makanan yang terhidang nanti. Hati Lin pelik. Selalunya, Salwa lah yang berada dibarisan pembangkang apabila dicadangkan untuk makan ditempat mahal-mahal begini walaupun skali-sekala. Lagi menghairankan , dia terlebih dahulu masuk dan mengambil satu sudut tempat di ruang yang agak tersembunyi sedikit. Eh, Salwa ni, biar betul nak belanja aku tempat-tempat macam ni, jangan balik kena cuci pinggan sudah,bisik hati Lin.
Kelihatan seorang pelayang telahpun menghidangkan satu set makanan untuk kami. Lin bertambah pelik.
" Kita orang dah tempah awal dah." Jawab Salwa ringkas apabila Lin bertanya.
" Tapi kenapa aku tak tahu?" Soal Lin lagi.Tak puas hati.
" Sebab kan hari ni birthday kau!!" Kata Salwa dan dua rakan yang lain hampir serentak. Ya Allah, Lin kau lupa hari jadi kau, Bisik Lin. Dia mengetuk-ngetuk kepala atas keterlupaannya.
" Aku rasa kau ni ada sakit hilang ingatan tau tak, boleh kau tak ingat hari jadi sendiri." Salwa membebel.
" Ok, terima kasih, beb. You're so sweeeetttt." Lin terharu. Senyumannya panjang melebar. " Tapi birthday tak kan tak ada kek?" Soal Lin lg.
" Kek? Jap dalam masa 2 minit lagi kek kau dengan hadiah untuk kau akan datang serentak." Salwa sengaja memberi debar pada Lin. Lantas dia meminta Lin menutup mata dengan kain.
3 minit berlalu....
" Dah boleh bukak ke?" Lin bertanya.
" Ok , bukak lah !" Salwa menjawab pantas. " Surprise !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Salwa dan dan kawan-kawanya menjerit serentak.
Bila membuka mata, Lin melihat Joe Sengal dihadapannya. Ya Allah....!!!!! Pelawak kesayangannya itu ada di depan mata membawa kek untuknya.. Lin bagaikan dipukau. Jantungnya berdegup kencang.
" Selamat Hari Lahir , Lin !" kata Joe Sengal . Seraya dengan itu pandangan mata Lin jadi berpusing-pusing. Gelap dan kelam.
P/S: Lin pengsan sebab terlebih menyedut oksigen kerana melihat Joe Sengal di depannya....